Friday, September 14, 2012

say alhamdulillah

"amacam exam tadi ?" satu suara menyapa ku ramah
dengan muka yang jelas terpancar sinar kehampaan -.-'
aku menjawab dengan malas "hmm ntah . boleh laa kot"
lalu dia membalas "cakap lah ALHAMDULILLAH"

aku yang kekecewaan , lantas tersedar
dan bangkit dari kepiluan dan kehampaan
SUBHANALLAH . betapa berdosa nya aku terhadap-Mu Ya ALLAH
aku alpa akan nikmat-Mu . SUBHANALLAH
ampunkan aku Ya ALLAH

" Dalam Susah dan Senang , Tetap lah Mengucapkan ALHAMDULILLAH "

It's weird ! kenapa manusia mudah sangat kecewa
or putus asa bila mereka2 ni tak dapat sesuatu yang dihajatkan ?
then , mula lah menangisi meratapi nasib diri -.-'

lagi teruk , sampai ada yang nak bunuh diri bagai !
kecewa je , bunuh diri . diuji ALLAH sikit bunuh diri
nyawa manusia akhir zaman ni macam apa je . dah takde nilai !
tahu tak bunuh diri tu HARAM ?
pintu NERAKA terbuka luas untuk anda :)


memang sifat manusia kan ?
bila nak sesuatu tu , punya lah bersungguh berdoa minta dengan ALLAH bagai
bila dah dapat , mula lupa diri
sombong , riak , takbur , bongkak , ujub ! semua2 lah haa
lupa nak berterima kasih kepada ALLAH

then , bila nikmat tu ditarik sikit
mula lah nak menyalahkan takdir bagai
marah2 mengamuk tak tentu hala . nak marah kan siapa sebenarnya ?
siapa yang pinjam kan kita nikmat then tarik semula semua tu ?
ALLAH . then ? nak marah salahkan ALLAH ke ? -.-'

firman ALLAH : "Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan
jika ditimpa musibah , mereka berputus asa dan hilang harapan nya"
( fussilat : 49 )

cuba lah belajar bersabar . HUSNUZON ! oyeah !
setiap yang berlaku mesti ada hikmah kan ?
kalau tak dapat jawab dengan baik exam yang sekarang
maybe ALLAH nak bagi yang lebih baik untuk exam2 mendatang
apa yang penting ? kerjasama ! tiba -.-'

ish . usaha + doa + tawakal lah . haa
gagal sekali , doesn't mean end of the world -.-'
bak kata kawan saya , Fitratallah ,
THE END HAS NO ENDS ! ohoo tak faham maksud dia ?
okay buat2 faham2 jelah -.-'

firman ALLAH : "Ibrahim berkata : "Tidak ada yang berputus asa
daripada rahmat Tuhan nya kecuali orang2 yang sesat "
( Al-Hijr : 56 )

it's okay kalau kita dah berusaha sehabis mungkin
tapi still tak dapat result yang GEMPAK
ALLAH nak uji tahap keimanan dan kesabaran kita


so , BERSABARLAH ANDA DALAM BERSABAR :)

Thursday, August 23, 2012

HUSNUZON

HUSNUZON bahasa arabnya . bahasa melayu , BERSANGKA BAIK
bahasa inggeris ? aaa kurang pasti lah -.-'

bersangka baik sangat lah perlu untuk menjamin hidup yang tenang tahu ?
jangan cepat sangat nak melenting
contoh situasi ? alah . banyak sangat lah dalam kehidupan seharian kita
dengan family , kawan2 , masyarakat , dengan ALLAH ! haa


kadang2 tu , situasi yang sebenarnya lain ,
tapi bila sampai pada fahaman kita sendiri , lain pulak tafsirannya
lek lu ! cari tahu situasi sebenar dulu
jangan mudah sangat terpedaya dengan situasi yang di depan mata . aaa -.-'

HUSNUZON ! oyeah ! bersangka baik dulu
baru boleh menilai mana betul mana salah
ni tak . terus nak melatah tak tahu pangkal hujung cerita


contoh lain , aaa  wajib lah dalam ramai2 kenalan kita
ada yang kita 'tak boleh masuk' dengan cara dia kan ?
lek lu ! jangan terus nak cakap 'AKU TAK SUKA DIA'
amboi ? suka hati awak je . lek lu ! HUSNUZON !

cuba awak kenal dia betul2 . geng dengan dia ! haa
eh cakap dari pengalaman lah ! 6 tahun yang lepas tak pernah suka dia
tapi sekarang ? semacam je . rapat je ? haa

it's normal lah kalau ada sikit2 cara dia yang tak kena dengan kita
biasalah selagi bergelar hamba-ALLAH , takde siapa yang sempurna
termasuk lah diri kita ni sendiri
yang menaip ni pun haa . tak sempurna ! kita BUKAN MAKSUM

apa yang penting ? KERJASAMA ! tbe -.-'
HUSNUZON tu penting dalam hidup kita
jangan cepat sangat buat tafsiran kita sendiri tahu ?
insyaALLAH hidup sentiasa tenang dengan HUSNUZON . okke :))

we need HYPOCRITE in our life !

FAKTA : kadang2 HIPOKRIT tu perlu dalam hidup kita
dan mampu membawa kita kepada yang positif !

maksud ? maksudnya , it's okay kalau kita berpura-pura BAIK
padahal kita takde lah baik mana pun
fikirlah , bila orang2 tengok kita sebaik malaikat ! melampau -.-'
mesti mulut mereka pun akan menyebut "baiknya budak tuu"
contoh lah . . . haaa

then , bukan ke kata2 tu adalah doa ?
hah ! that's it !
biarlah kita ni tak baik mana pun
tapi , depan orang , kadang2 kita kena jadi hipokrit !


who knows ? dengan hipokrit kita tu ,
kalau dalam satu hari tu dah berapa orang kita jumpa ?
dan dah berapa bayak mulut yang mendoakan kita sebagai orang yang BAIK ?
insyaALLAH , ALLAH kabul kan doa2 mereka
kita akan jadi lebih baik dari diri kita sekarang
dan MAYBE ! there's no need to pretend anymore ! oyeah !

ONE MORE THING : jangan terlalu mudah mengaibkan diri
contoh , bercerita dengan orang sembarangan pasal keburukan yang kita dah buat
kecuali orang tu betul2 boleh dipercayai ! got it ? -.-'

ouh ! ada masa cubalah tengok cerita MIHRAB CINTA
cerita tu agak best lah ! kowt -.-'
tapi ada lah kena mengena jugak dengan entry ni :))

Sunday, July 15, 2012

aku bermimpi

Aku bermimpi ,
solatku diimamkan imam yang mukmin
yakni yang beriman dengan sebenar-benarnya iman
fikirannya tidak pernah lekang mengingati janji2-NYA
bibirnya tidak pernah kering daripada zikrullah
hatinya tidak pernah berhenti merindui ALLAH

Aku bermimpi ,
solatku diimamkan imam yang HAFIZ
sayup kedengaran suaranya mengalunkan bait2 kalamullah
penuh penghayatan , memahami setiap ma'ani ayat2-NYA
sempurna tajwidnya , menjaga hukum makhrajnya
mendengar qiraatnya menyentuh segenap hatiku

Aku bermimpi ,
solatku diimamkan imam yang cintakan AGAMAnya
tidak pernah lelah dalam menuntut ilmu agamanya
tidak pernah jemu dalam mencari keredhaan-NYA
tidak pernah kecewa dalam menghadapi ujian-NYA

Aku bermimpi ,
solatku diimamkan imam yang a'maa ( buta )
buta akalnya daripada mengingati yang bukan HAKnya
buta matanya daripada melihat yang merosakkan hatinya
buta hatinya daripada merindui yang bukan mahramnya


Aku bermimpi ,
aku disunting menjadi suri hatinya
tanpa pernah bersua muka
tanpa pernah mengenal budi hatinya
hanya ayahanda yang menjadi perantara

Aku bermimpi ,
saat yang haram menjadi halal itu datang menjemputku
memandangnya dengan rasa cinta , akan dipandang ALLAH dengan penuh rahmat
melayaninya tanpa khianat , dilimpahkan pahala 12 tahun solat
meminyakkan rambut dan janggutnya , dikurniakan syurga-NYA
memotong misai dan mengerat kukunya , diringankan ALLAH sakaratul maut
mencuci pakaiannya , dicatatkan 1000 kebaikan dan diampun 2000 kesalahan

AKU BERHARAP , AKU BERDOA , MIMPIKU MENJADI NYATA . AMIN :)


Saturday, June 9, 2012

less than 24 hours -.-'

uit ! salam ^^
less than 24 hours from now !
pintu pagar Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang
akan terbuka luas menyambut kepulangan warga pelajarnya
after the school break for two weeks !

bersiap sedia lah wahai teman2 seperjuangan ku sekalian
ah ! berat sungguh rasa hati untuk kembali ke sana
mengapakah engkau berduka duhai hati ?
sabarlah . tak lama sahaja lagi engaku akan menamatkan segalanya di sana

ciss ! bermadah pula -.-'
alah ! sabar lah hati ! ada lebih kurang 3 bulan je lagi haa
then , awak dah setaraf dengan status siswazah tahu ?
apa yang awak sedang usaha kan ni , setaraf dengan diploma !

okke cukup . untuk masa yang tinggal lagi beberapa jam ni
marilah kita habiskan sepenuh nya bersama mak , ayah , abang , kakak
okke . mak ayah tak de kat rumah . haih -.-'


tak banyak dah masa untuk saya PELUK ayah kuat2 !
tak banyak dah masa nak BERCELOTEH dengan ayah !
tak banyak dah masa nak SEPAK2 kak long ! ahaa :p
tak banyak dah masa nak lepak dengan abg.ngah , watching the RUNNING MAN !
tak banyak dah masa nak melayan MUKABUKU -.-'
tak banyak dah masa melayan rasa NOOB dengan capital Z

ah ! saya akan rindukan anda semua !
aceyy . macam nak pergi tak balik2 dah je
maaf . orang tak pernah stay at hostel berfore this . memang mengada gini . ah ! -.-'

selamat berjuang faravava ! penegak agama ALLAH pada masa hadapan
ALLAH bless me ! AMIN :'))

Thursday, June 7, 2012

suara awak tuuu

last but not least
it comes to TUDUNG SUARA


"Wahai isteri2 Nabi ! Kamu tidak seperti perempuan2 yang lain ,
jika kamu bertaqwa . Maka jangan lah kamu tunduk ( melemah lembutkan suara )
dalam berbicara , sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya
dan ucapkan lah perkataan yang baik"

yup ! memang ayat ni hanya menyebut kepada "isteri2 Nabi"
so , cuba awak fikir !
sedangkan isteri2 Nabi yang UMMUL MUKMININ
yang bertaqwa . yang dah memang CONFIRM SYURGA
bagi mereka tu pun ALLAH datangkan perintah menjaga aurat suara mereka ,
apatah lagi kita ? siapa kita ? berapa banyak amal kita ?
dah terjamin ke SYURGA tempat kita nanti ?

tepuk dada , tanya lah iman masing2
yang ni memang confirm ramai yang buat kan ?
nak2 lagi kalau yang jenis 24 HOURS !
"on the phone" dengan buah hati masing2 -.-'


asalnya , suara perempuan bukan lah aurat
tapi suara tuu menjadi aurat kalau !
sengaja dilemah - lembutkan ! terutama ketika berbicara dengan lelaki !
yang bukan mahram anda . haa

pernah buatkah ? jika pernah , tinggal2 kan lah perbuatan tu
nak2 lagi yang dah dijadikan amalan
haa kalau nak lagi jelas , cuba baca hujah ustaz zaharuddin ni


konklusi : bertudung bukan di kepala je . MATA , HATI , SUARA
wanita tu pun perlu 'bertudung' tahu ?!

redha dan hidayah ALLAH bukan untuk dinanti tapi untuk dicari !
so , carilah redha dan hidayah ALLAH tu dengan
lakukan setiap apa yang diperintahkan oleh-NYA




maybe ada yang tak biasa . hati pun rasa tak ikhlas nak buat semua ni kan ?
it's okay ! kadang2 nak dapat kan keikhlasan tu ,
bermula dari keTERPAKSAan !
okke . fullSTOP :))

Tuesday, June 5, 2012

dari mata turun ke hati :)


okke . done with TUDUNG KEPALA and TUDUNG MATA
now ! orang kata , dari mata turun ke hati . hee :D
ahaa ! senyum lebar2 dah ni ! noob :pp

alahai TUDUNG HATI . yang ni macam susah je nak jaga -.-'


eh awak2 semua ! jagalah hati masing2 dulu
sebelum sibuk nak jaga hati orang lain
FAKTA : couple2 selalunya akan berlagak 'poyo' , main tukar2 hati

antara ayat2 nya , BILA ANGAU
"awak ! jaga hati elok2 taw ! hati saya tuuu"
BILA BERKELAHI
"pulang balik hati saya kalau rasa dah taknak jaga !"

ahaa sweet sangat lah tu ? lawak lah anda :pp
tahu dah perasaan suka tu fitrah . but ! let's control it !
bak kata ADNAN : di mana ada kemahuan ,
di situ ada highway ! ahaa :D

marilah tetapkan hati pada yang satu !
jangan curang ! kepada ALLAH :))
nasihat diri sendiri jugak ni haa


hah ! anak mama yang disayangi aneem animi
mama pernah cakap :
" jangan menanti pada sesuatu yang tak pasti ,
tapi hargailah dia yang dah sedia , setia menanti "
waaaa jiwang sungguh mama mu aneem ! -.-'

JUJUR : dulu saya tuju ayat ni khusus untuk cinta manusia semata-mata
ah ! bertaubat lah anda sebelum terlambat !
okke . let's change it aneem !
ayat tu khusus untuk cinta ALLAH !


trust it ! ALLAH sentiasa mencintai hamba2 yang mencintai-NYA
tanda cintakan ALLAH , cintakan AL-QURAN
tanda cintakan AL-QURAN , cintakan RASUL-NYA
tanda cintakan RASUL-NYA , cintakan SUNNAH
insyaALLAH :))

Sunday, June 3, 2012

tudung !


uit ! salam ^^
sekarang ni banyak betul fashion2 tudung kan ?
cantik-cantik belaka  . ahaa *tangan di dada mata ke atas*

meh sini saya nak perkenalkan 4 jenis tudung
empat jenis tudung ni sesuai untuk apa jua jenis peringkat umur
pada bila2 masa dan di mana2 sahaja
aceyyyy macam promoter je da haa -.-'

firstly , TUDUNG KEPALA


apa ? tak faham ? tak kan lah kowt !
ayat ni senang nak faham lah . straight to the point gitu . haa
kalau tak faham pun maybe pada perkataan "jilbab"

ish pergi lah kaji kamus dewan bahasa edisi ke3 -.-'
JILBAB is pakaian longgar ( termasuk kerudung )
yang memenuhi keperluan menutup AURAT wanita selain muka dan tapak tangan

secondly , TUDUNG MATA
hah ! yang ni confirm ramai yang buat ! ahaa
suka memerhati dan mengusha . nak2 lagi yang "berkenan di hati" . hee
JUJUR : saya salah seorang !
ah ! bertaubat lah anda sebelum terlambat -.-'


 firman ALLAH : "Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman ,
agar mereka menjaga pandangannya , dan memelihara kemaluannya"
 AN-NUR : 31

hey ! pergi ambil tafsir al-quran cepat !
baca terjemahan ayat ni sampai habis ! sebab apa ?
sebab ayat ni ada relate jugak dengan TUDUNG KEPALA . haa

alaa ayat ni mudah difahami
ALLAH dah sebut satu2 dah kepada siapa je yang boleh
"dinampakkan" aurat para wanita

firman ALLAH : "Dan bertaubatlah kamu semua kepada ALLAH ,
wahai orang2 yang BERIMAN agar kamu BERUNTUNG"
AN-NUR : 31



Thursday, May 31, 2012

duhai bakal imamku :)

Duhai bakal imamku
Aku impikan hidup BERSYARIAT
Aku impikan imam yang membimbing ku
Menuntun ku dalam mencari redha-NYA
Mengajarkan ku untuk mencintai Sang Pencipta
DIA yang menciptakan kita
DIA yang menciptakan rasa
DIA jugalah yang menentukan segala

Duhai bakal imamku
Persiapkan dirimu menjadi imamku
Penuhkan lah dadamu dengan keimanan
Kutip lah walau secebis  ilmu AGAMA mu
Tidak ku pandang pada rupa paras mu
Tidak juga pada harta kekayaan mu
Tetapi tawan lah hati ku dengan AGAMA mu

Duhai bakal imam ku
Datang lah menemui wali ku
Nyatakan hasrat hati mu kepada kedua ibu bapa mu
Biarkan mereka tahu akan perhubungan ini
Seterusnya , berhentilah daripada terus menghubungi ku
Bukan niat ku memutuskan pertalian
Hanya aku menjaga perhubungan


Duhai bakal imamku
Aku impikan hubungan yang diredhai-NYA
Aku impikan hubungan yang dirahmati-NYA
Tak ingin aku terus hidup bercerminkan maksiat
Tidak ingin ku terus menghalal kan apa yang haram
Inginku  membina sebuah keluarga yang penuh BARAKAH
Yang dimulai dengan suatu permulaan yang baik
Suci daripada sebarang cela dan noda
Maka nikahi lah daku , maka aku halal bagi mu

Monday, May 28, 2012

restart

pejam celik . pejam celik
dah dekat 3 bulan lebih dah menuntut kat Kuliah Abu Bakar tu
haa . masa mula2 masuk situ ,
JUJUR : hati ni tak ikhlas langsung !
semuanya atas dasar ikut kehendak mak ayah

but now ! dah mula nampak hikmahnya
kat sana saya rasaaa . . . agak tenang lah . err -.-'
banyak yang saya dapat kat sana

dikelilingi orang2 yang menuntut ilmu ALLAH
jauh dari dunia luar yang dah jauh terpesong
dari landasan syarak yang sebenar
nauzubillah . . .

just nak minta , bagi saya peluang
aaa rasanya ujian baru ni memang dah confirm rasib ( gagal )
cop ! bukan saya tak mencuba tak usaha
tapi perlu sikit masa lah



saya baru nak mula dari bawah !
JUJUR : sebelum ni , hanya jasad je yang ada kat kuliah  tu
fikiran still tak dapat terima hakikat

oke cukup ! lupakan yang dulu !
support me ! saya budak baru belajar
salah silap minta diajar :))

p/s : thanx to SIR MISYKAT . baru 3 bulan kenal beliau .
tapi beliau banyak motivate saya to stay at kuliah
and combat for STAM ! secondly is USTAZ SYUKRI !
so lucky to have you there ustaz ! terubat rindu pada sekolah lama :))

aurat wanita lagi !


see ? perkara pertama yang disebut ALLAH dalam ayat ni
pasal perempuan kan ?
so , tak boleh nak marah laa . sebab dah memang fitrah manusia ,
LELAKI terutamanya , keinginan utama mereka , PEREMPUAN !

haa kaum hawa ! mahal kan lah diri anda
ahaa . jangan MURAH dan MUDAH sangat memberi -.-'
bukan ke ALLAH dan RASULULLAH
dah meletakkan darjat kaum hawa ni lebih tinggi daripada kaum adam ?


see ? 3 kali disebut IBU . then , yang ke-4 barulah BAPA . haa
so ? kenapa pulak kita nak rendah kan darjat kita ?
dengan berpakaian yang menjolok mata , mean tak menutup aurat
tu pun dah dikira menjatuhkan darjat kaum hawa tahu ?

sebab ? sebab dengan free je lelaki2 yang bukan mahram awak tu !
dapat tengok apa yang tak sepatutnya ditengok -.-'
see ? dengan FREE je ! terlalu MURAH lah awak -.-'


rajin2 kan lah diri anda mengkaji tafsir2 AL-QURAN ye ? :))
( AL-AHZAB : 59 ) ( AN-NUR : 31 )
ayat2 ni senang difahami . straight to the point . so there's no excuse oke ?

firman ALLAH : " Demikianlah ( perintah ALLAH ) . Dan barang siapa yang
mengagungkan syiar2 ALLAH , maka sesungguhnya hal itu
timbul daripada keTAQWAAN hati " . - AL-HAJJ : 32

KONKLUSI : jadilah orang2 berTAQWA kepada ALLAH
dengan sebenar-benarnya TAQWA . agungkan syiar2 ALLAH !

SATU LANGKAH MENUJU KE SYURGA . insyaALLAH :')


Saturday, May 26, 2012

aurat wanita :')

salam ^^
erm bila bercakap tentang AURAT ,
mesti fikiran awak semua kaitkan dengan perempuan -.-'
FAKTA : AURAT WANITA LEBIH SUSAH DIJAGA DIPELIHARA
BERBANDING AURAT LELAKI

tapi rasanya ia takkan menjadi sesuatu yang susah
bagi wanita MUSLIMAH SEJATI :))
tak dinafikan , makin ramai wanita yang berubah ke arah yang lebih baik
dengan menutup kepala atau pun “bertudung”

aaa tapi , bertudug tu bukan nya wajib
yang wajib nya MENUTUP AURAT ! dan BUKAN MENUTUP URAT :D

justeru , bertudung sahaja tapi masih memakai
pakaian yang KETAT , JARANG sehingga menampakkan susuk tubuh badan
masih belum cukup untuk memelihara diri daripada
gangguan2 lelaki2 yang di dalam hatinya ada niat jahat


sekarang ni pun , makin banyak pulak kita dengar
kes2 yang mencalarkan maruah , kehormatan kaun hawa ni
kes cabul , rogol terutamanya
NAUZUBILLAHI MIN ZAALIK !

then , semua orang akan salahkan lelaki
yang sering dilabelkan sebagai :
JANTAN TAK GUNA
SETAN BERTOPENGKAN MANUSIA
dan lain2 . tak sanggup dah nak mention -.-'

tak pernah ke terfikir yang perkara macam tu
insyaALLAH tak kan berlaku kalau !
setiap daripada kaum hawa tu sendiri pandai
menjaga DIRI . jaga MARUAH . jaga AURAT !


bersabda Rasulullah : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepas aku
yang boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" .

*to be continued . . .

Sunday, April 22, 2012

suggest me :)

salam ^^
lazimnya , lepas result SPM , semua ex-candidate buntu
nak further ke mana , course apa ? tak gitu ? :p
I'm one of them ! ahaa -.-'


dah banyak minta pendapat cikgu2
ustazah fairuz suggest ambil LAW . kata nya ,
saya ada gaya seorang lawyer . ahaa :p

malangnya , digelakkan oleh teacher ratna ! -.-'
kata nya saya tak sesuai . as I'm kinda quite person
so , beliau cadangkan saya ambil bahagian makmal
senang ! duduk sorang2 . tak payah jumpa orang2 . ahaa kejam :p

ustazah wan rafiqah pulak , suggest jadi lecture
haa . kata nya kerjaya tu sesuai untuk perempuan
ntah -.-'

ustazah kamariah pulak , suggest pergi Jordan !
tinggalkan STAM ! buat medic !
hah ! yang ni memang saya setuju sangat lah ! ahaa
the problem is , saya tak tahu nak apply kat mana :'(

kalau ikutkan hati , memang medic 1st choice saya !
and the 2nd is undang2 . haih entah lah . buntu
somebody , any suggestion ? my pleasure to consider it :))

we are awesome !

salam ^^
heh ! tak habis lagi bercerita pasal result SPM baru ni


SPM candidate of SMA AL-IHSAN , KUANTAN 2011 !
we are proud to give back our honours
after the "TSUNAMI" in SMA in 2010 :))
WE ARE AWESOME !!

terima kasih kepada ustazah kamariah :))
yang sering 'memperli' result SMA kami pada setiap perhimpunan pagi
kami sering dibanding - bandingkan dengan adik2 junior
yang konon nya lebih hebat hafalan mereka daripada kami -.-'

namun ! 'perli-an' tersebut sedikit pun
tidak mematahkan semangat kami !
malahan kami lebih bersemangat menaikkan semula
nama baik kami ! maruah kami !

hence , as a result ,
kami berjaya membukti kan kepada semua yang kami boleh !
even kami NAKAL , tapi kami BERSUNGGUH ! yeah ! :))

analisa result SPM batch kami meningkat
berbanding batch sebelum nya
alhamdulillah . ALLAH always knows the BEST :))

Friday, April 20, 2012

never give up !

Assalamualaikum ^^
lama tak update blog ni . tade masa ! -.-'
haa result SPM . ahaa . haih
maaf saya tak sehebat anda lah . straight A's ? possible !
tapi sayang . semuanya dah terlambat masa tu . hmm

but quite okay . Alhamdulillah :))
kalau nak dibandingkan dengan result trial dulu -.-'
baru saya tahu maksud sebenar kata pepatah ,
menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tiada gunanya . haa

kalau nak cerita , panjang sangat -.-'
tapi yang pasti , saya bersyukur saya sedar awal !
tak awal manalah . just skip a few days sebelum paper 'KILLERS' !

seharian menangis tak henti hari tu
stress , under pressure , give up . semuanya ada
ada kelas addmath dengan chemistry hari tu


 hah ! otak tak boleh nak terima pelajaran hari tu
so ,kelas addmath ditinggalkan begitu sahaja . kenapa ?
sebab giveup lah ! rasa diri bodoh sangat
ta bole nak catchup macam kawan2 yang lain . hmm

kelas chemistry pulak , masuk lambat . sangat2 !
hmm cikgu ajar kat depan pun tak dengar
tak ambil tahu . terukkan ? -.-'

oke , time orang balik , saya pun balik
duduk meratapi nasib kat surau sekolah
cuba buat soalan past years addmath . seorang diri -.-'

then , tiba2 je abang call . oke tahu da mesti mak yang suruh -.-'
haa menangis semahu – mahunya dengan beliau
beliaubagi kata2 semangat yang sangatbermakna
banyak sangatlah . terubat rasa hati mendengar kata2 beliau


begitulah kebiasaannya . tiap kali rasa giveup , dengar nasihat beliau
semangat kembali pulih . beliau anugerah bagi saya :'(
haih saya takut . takut tak dapat banggakan mak ayah . cikgu2
saya rasa saya tak mampu ! besar sangat tanggungjawab tu bagi saya -.-'

tapi Alhamdulillah . ALLAH bagi saya lebih dari yang saya jangka
rasa syukur tak terhingga . may be bagi orang lain , result saya just oke
tapi mereka tak tahu macam mana result2 saya sebelum ni
no body know . Alhamdulillah :))

Tuesday, March 20, 2012

nikah awal

salam :))
hah ! baru ni usha2 FB . jumpa nih !
senyum lebar saya baca . ahaa :pp


haa sokong sangat lah
apa yang ustaz muhaimin cadangkan ni !

tapi bila dah dinikahkan mereka yang berumur 15-17 tahun ni ,
yang dah sah2 tak habis sekolah lagi ,
macam mana nak bahagikan masa antara
urusan rumahtangga dengan pelajaran ?

confirm punya ramai yang berhenti sekolah kan ?
sayang . masa depan yang cerah dikorbankan -.-'

tapi sekurang - kurangnya , bila dah dinikahkan
mereka yang 'bergedik' ni ,
kita dah dapat elak maksiat daripada berleluasa . insyaALLAH


maklum sahaja lah . peringkat umur remaja
memang banyak dugaan dan cabaran kan ?
semua perkara baru nak dicubanya
BERCOUPLE lah yang paling menjadi pilihan utama -.-'

konklusi :
ada baik dan ada buruknya
jika dinikahkan mereka yang 'bergedik' ni
di usia mereka yang masih muda . malah masih di alam persekolahan -.-'

ALLAH KNOWS THE BEST . INSYA'ALLAH

Thursday, March 15, 2012

anak kembar

salam . awwak !
tahu ta ? tadi kan , jalan2 dengan kakak kat mall
then , jumpa dengan ramai pasangan kembar !

ahaa lawak je
kakak cakap , "heh ! hari ni hari KEMBAR SEDUNIA ke ?"
ahaa apa laa . takde laa ramai sangat pun
tapi ada laa dalam 4 pasangan kembar tadi . haa
oke . teringin nak anak kembar jugak !
ahaa . jap eyh . tengok ni !


haa comel kan kan ?
ahaa haruslah . macam muka bakal anak saya :D
oke perasaan lebih -.-' alaaa biarlah ! nak jugak anak kembar !
oke da . fullstop . . .

Tuesday, March 13, 2012

solat dan wanita

salam :))
oke nak bercakap mengenai solat dan wanita
*aceyyy konon dah bergelar ‘wanita’ . hee*

hmm . jika dilihat , dalam solat
cara solat antara lelaki dan wanita ada bezanya
haa kan ?

antaranya , wanita merapatkan tangan ke dada
tanpa membuka ketiak . ketika takbiratul ihram .berbeza dengan lelaki
aaa faham ta ? oke . seperti di dalam gamba ini . haa


wanita juga akan merapat kan kedua – dua kaki
sehingga bersentuhan antara dua buku lali ketika berdiri dalam solat .

ketika sujud pula , wanita akan merapatkan tangan ( siku )
ke badan mereka . sedangkan lelaki perlu membuka ketiak mereka
ketika sujud dalam solat . haa . aaa seperti ini ,


setiap gerakan wanita di dalam solat
semuanya nampak sopan kan ?
berbeza dengan lelaki . kena buka ketiak ketika takbir , sujud .
kaki juga tak perlu dirapatkan seperti wanita

konklusinya , betapa nak menunjukkan
memang sifat wanita itu  SOPAN . perhatikan sahaja melalui solat
ini tidak . kadang2 malu tengok kaum hawa ni
lebih daripada lelaki kasarnya . dengan cara duduk kangkangnya . malu -.-'

bak kata Ustaz Kazim Elias dalam ceramahnya ,
maaf tak ingat tajuk ceramah hari tu apa -.-'
" orang perempuan ni , waktu dia duduk tahiyat
dalam solat tu lah paling sopan , manis "
haa lebih kurang begitulah ayat beliau
oke . renung2 kan lah . dan selamat beramal :))

Monday, March 12, 2012

PLKN - part4

alaa rindu bau baju dobi !
rindu makanan yang sedap2 kat sana !
rindu PT pagi ! TTS ! kelas CB ! cikgu2 kat sana ! kawan2 !
wirawati kompeni Charlie ! penghuni Sepetir1 !

rindu nak makan ramai2 dalam gelap !
oke yang tu penghuni Sepetir1 sahaja yang tahu . haa
Ain ! Chicky ! Dayah ! Yingying ! Erin !
Emily ! Wawa ! Siti ! Bella ! Rynn ! Sherry ! :))


hmm . ikutkan rasa hati ini
mahu sahaja saya menyibukkan diri pada malam penutup nanti
aaa 16 Mac ni . haa

tapi malu laa pulak nanti . saya je yang beria
tapi nanti , datang , saya bagaikan tidak wujud sahaja
seperti tidak dialu-alukan mereka . haa
ouh tidak . terpaksa tebal kan muka -.-'

baiklah . akan dipertimbangkan nanti .
nak pergi chini atau tidak ? aaa -.-'
alaa tapi sekarang sedang sibuk dengan persediaan
menghadapi peperiksaan awal tahun . haa

* oke kunun menghafal sangat jeh kat rumah ni . ahaa :p *

PLKN - part3

pejam celik pejam celik
PLKN kumpulan 1 siri 9 bakal melabuhkan tirainya pada hari sabtu ini
sedih rasa hati .

aceyyy saya pulak yang lebih
padahal dah lama berambus dari kem -.-'
oke bukan kehendak saya untuk keluar dari kem itu
harap maklum ye -.-'

hmm . tak mengapa sahaja lah
dah takdir saya kat Kuliah Abu Bakar , Pekan
oke sudah . tak usah menangisi perkara yang lalu . erkkk -.-'

haih . rindu nya rasa hati
KEM PLKN TASIK CHINI !
oke memang dulu saya lah orang nya
yang beria menangis . tak rela masuk PLKN


gamba google jeh :D

tapi sekarang ! saya menangis sebab rindukan PLKN . haa -.-'
tak sangka bole TERsuka TERsayang pulak at PLKN
oke tahu da noob jeh kan ? ahaa

* to be continued :))

Saturday, March 3, 2012

hari noob :)) - part4

aaa nak cakap Khalil baik ! ahaa beliau menepati janji beliau
belanja saya Big Apple ! yeay !
ahaa selok jeh dengan Big Apple . bia laa . saya suka ! :D
*still tak puas hati zubir ta belanja pizza*



wah . bagi saya yang 12pieces ? amboi ? banyak sangat tu
nak bagi saya gemuk macam dia laa tu kan ? haa
ahaa awak nampak berisi sikit laa khalil . kenapa begitu ye ? hmm
okke . terima kasih lah kerana anda menepati janji :))

hah ! masa nak balik tu .
kecelaruan . tade orang nak jemput . buntu dah
kebetulan pulak terserempak dengan sepupu saya sekalian

hah ! memang dah jodoh laa . oke tumpang mereka balik rumah
and that’s the end . NOOB je kan hari tu ?
hah ! memang pun ! ahaa oke . tengok tajuk pun “HARI NOOB” . haa :))

*saya rasa bahagia walau sedetik bersama orang2 tersayang*

hari noob :)) - part3

oke Khalil ,  kakQamar , Sameer , nawal da sampai je da
then , kena tunggu lagi
Khalil teman kakak beliau pergi beli buku kat MBS
oke lama juga . sabar sahaja lah . haa :)
Faez pulak sibuk mengadu kaki sakit , penat -.-'

alaa khalil laa ni haa lambat sangat je
lepak sahaja lah dengan Anem yang kami mampu -.-'
oke da . setelah sekian lama menunggu ,
Khalil text tanya kat mana . ajak pergi makan
beliau lapar . hah ! sama lah . kami turut berasa kelaparan -.-'


oke . tepat pada waktu nya , Awin pulak text .
wayang dah habis . cantik ! suruh Awin tunggu kat foodcourt terus
tahu ta ? masa tu pukul 4 petang je da . haa . baru nak makan je -.-'
haa . hah ! part nih yang best . ahaa :))



makan minum saya semua ditanggung
oke saya tak minta pun ditanggung segalanya pada hari itu
tapi dah rezeki orang nak belanja kan ?
terima sahaja lah dengan rasa bersyukur . ahaa :D

oke lepas makan , tak tahu nak pergi mana
tak ada arah tuju sahaja .
Awin dah balik je dengan adik beliau . hmm
haih . kejap sangat je jumpa beliau

Anem pulak . kena masuk kerja semula . haa
tak sempat nak bercerita bergosip banyak2 . sedih ! :'(
rindu tak habis lagi . dah nak kena berpisah

oke da . sabar sahaja lah . ada jodoh , jumpa lagi nanti :)
then , tak tahu nak pergi mana
so , ikut kakQamar jela haa

ouh ouh ! part nih seronok . ahaa
ada rahsia antara kami . tak boleh beritahu Khalil
ahaa . malu , kelakar , segan , noob . semua nya ada
rasa nak lari dari situ ! nak balik cepat2 ! ahaa :pp

khalil ! sorry curi gamba satu ! tade gamba kakQamar laa . haa

oke da . ta bole cakap banyak2 . nanti rahsia pecah
dah janji dengan kakQamar . ahaa noob je :p
oke da . seronok dengan kakQamar . tapi saya tak banyak cakap je pun
bila ditanya , baru saya bersuara . ahaa malu lah -.-'

to be continued . . .  :))

Tuesday, January 24, 2012

PLKN - part2

oke . seminggu at PLKN , tiap hari tiap malam
menangis sahaja yang saya mampu
rasa terkilan tak dapat jumpa kawan2 buat kali terakhir
masih ada -.-'

then , setiap kali waktu solat , sebak rasa hati
teringat saat2 berjemaah bersama keluarga di rumah -.-'
rindu ayah peluk kuat2 ketat2 lepas solat :'(
*kat kem tu , wajib solat berjemaah di surau tiap kali waktu solat*

oke rasa rindu family , kawan2 semua
saya dan ALLAH sahaja yang tahu . seksa nya :'(
sampai kan termimpi - mimpi tahu ? haa
oke sabar sahaja yang saya mampu .
kalau rindu sangat pun , menangis sahaja lah malam2 sebelum tidur -.-'

masuk minggu ke-2 , oke sikit kowt
memang laa rindu . hari2 pun rindu
tapi pandai2 laa atasi rasa rindu tu kan ?
 kalau tak , satu benda pun tak boleh nak buat . haa


hari2 tulis diari . oke itu salah satu cara saya atasi rasa rindu
setitis air mata pun tak ada
tiap kali saya tulis diari , terasa mereka yang saya rindu
sentiasa ada bersama saya :))
so ? no worries no more . ALL IS WELL :))