Tuesday, March 13, 2012

solat dan wanita

salam :))
oke nak bercakap mengenai solat dan wanita
*aceyyy konon dah bergelar ‘wanita’ . hee*

hmm . jika dilihat , dalam solat
cara solat antara lelaki dan wanita ada bezanya
haa kan ?

antaranya , wanita merapatkan tangan ke dada
tanpa membuka ketiak . ketika takbiratul ihram .berbeza dengan lelaki
aaa faham ta ? oke . seperti di dalam gamba ini . haa


wanita juga akan merapat kan kedua – dua kaki
sehingga bersentuhan antara dua buku lali ketika berdiri dalam solat .

ketika sujud pula , wanita akan merapatkan tangan ( siku )
ke badan mereka . sedangkan lelaki perlu membuka ketiak mereka
ketika sujud dalam solat . haa . aaa seperti ini ,


setiap gerakan wanita di dalam solat
semuanya nampak sopan kan ?
berbeza dengan lelaki . kena buka ketiak ketika takbir , sujud .
kaki juga tak perlu dirapatkan seperti wanita

konklusinya , betapa nak menunjukkan
memang sifat wanita itu  SOPAN . perhatikan sahaja melalui solat
ini tidak . kadang2 malu tengok kaum hawa ni
lebih daripada lelaki kasarnya . dengan cara duduk kangkangnya . malu -.-'

bak kata Ustaz Kazim Elias dalam ceramahnya ,
maaf tak ingat tajuk ceramah hari tu apa -.-'
" orang perempuan ni , waktu dia duduk tahiyat
dalam solat tu lah paling sopan , manis "
haa lebih kurang begitulah ayat beliau
oke . renung2 kan lah . dan selamat beramal :))

1 comment:

✿INA AINAA✿ said...

good!!! betul tu.. sbb tu ade org tu ckp lau nk tgk solatnyew smpurna ke x, tgoklah perangainya diluar