Sunday, April 19, 2015

Pilihan

Basically, hidup ni berteraskan pilihan.  Anda pilih mahu hidup atau mati ? Anda lapar ? Anda pilih untuk kenyangkan perut atau terus berlapar. Anda marah ? Anda pilih untuk mengamuk atau tetap berdiam diri bersabar. Anda mahu berkahwin ? Anda pilih untuk berkahwin seorang, dua orang, tiga orang, atau empat -.-'



Okay next point, sering kali dalam hidup kita, kita sangkakan inilah kesudahannya pengakhirannya. Kita bebas selepas ini ! Indah khabar dari rupa -.-' selesai UPKK, ada UPSR. Selesai UPSR, ada PMR, SMA/SMU, SPM, STAM/STPM dan seterusnya . . . . . . no ending. Hidup ni penuh dengan cabaran  dan dugaan. Salah satu daripada firman ALLAH :

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (sahaja) mengatakan: " Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi ? ( Al- Ankabut 29:2 )

Tak cukup dengan mengaku beriman, Allah datangkan ujian untuk buktikan siapa yang benar-benar beriman dengan Allah, siapa yang munafik lagi kufur.

"Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila datangnya musibah kepadanya, mereka mengatakan sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepadaNya kami kembali". (Al-Baqarah : 155 )

Maka berbahagialah mereka yang sentiasa bersabar dengan ujian Allah dan tetap bersyukur dalam setiap keadaan yang dihadapinya. Dan saya berharap saya mampu mejadi salah seorang daripadanya kerna saya belum mampu menjadi setabah itu.

Next point, saya dah pernah melalui proses membuat pilihan dan menghadapi ujian. Okay kita semua pernah alami. But like I said, there's no ending and I'm not that strong to face it all up. Well said, as a female/girl/woman, tears and us cannot be separated. Anytime and anywhere. In fact, sometimes we cry for no reason.

"If she don't cry, she's not a woman"- Ustaz Abdul Karim Toure

To be honest, hampir setiap kali nak exam saya akan menangis.  Menangis takut tak boleh jawab, takut tak mampu buat yang terbaik, takut akan kegagalan. Yang paling saya takut, saya tak mampu memberikan yang terbaik untuk mak ayah. Saya tak mampu menjadi apa yang mak ayah saya harapkan. Saya tak mampu bahagiakan mak ayah. Semuanya tentang takut dan dikonklusikan sebagai tak percaya dengan kemampuan diri sendiri. Tabiat ni masih kekal sampai sekarang dan ayah keep console me. Biar orang kata saya anak ayah, saya anak mak. Well that's the fact. Kalau tak saya anak siapa pulak ? -.-' Well this is Nur Farhana Jamaluddin who loves to cry.

Berbalik kepada pilihan yang saya dah buat tadi, antara pilihan paling 'significant' is when I choose to withdraw from CFS and went to where I am now. I choose not to stay any longer with something that I've to keep pushing myself to do it. Jadi, mahu atau tidak, mampu atau tidak saya mesti kena mampu kan diri untuk tetap dengan pilihan ni. Walaupun susah sebenarnya bagi saya. Quranic Multimedia. Saya memang bodoh dalam bidang multimedia.

"Jangan malu untuk mengaku diri bodoh"- Ustaz Najib Abdullah

We don't need to pretend that we know everything to look perfect in front of people. Orang yang berlagak tahu/pandai sedangkan sebenarnya dia tak tahu itu yang bodoh. Bodoh sombong kata orang melayu. Dan memang ramai spesis ini. Buktinya apabila dalam kelas cikgu tanya faham atau tidak ? Semuanya mengaku faham walaupun sebenarnya tidak. Dan saya salah seorang daripadanya -.-'

Berbalik kepada kata-kata Ustaz Najib, betul lah jangan malu untuk mengaku diri bodoh. Tapi bukan hanya biarkan diri bodoh selamanya. Bijakkan lah sikit diri tu untuk menjadi bijak. Pergilah menuntut dengan orang-orang yang pakar dalam perkara yang kita bodoh. Okay ini valid untuk perkara yang membawa kebaikan sahaja ye. Jangan bijak untuk menjadi tidak bijak dengan melakukan perkara-perkara yang kurang bijak -.-'

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri. (Ar-Ra'd : 11)


Pertalian antara bidang pengajian yang diambil dengan kita, ada empat jenis/kategori :
  •  Minat & mampu (paling awesome ! bertuah)
  • Tak minat & mampu (minat boleh datang kemudian in syaa ALLAH)
  • Minat & tak mampu (samada usaha untuk mampu atau apply to change program yang mampu)
  • Tak minat & tak mampu (paling bahaya)
Jadi, anda dalam kategori yang mana satu ? Saya dah terlepas dari kategori ke4 dan sekarang saya berada dalam kategori ke3. Tapi mana mungkin nak apply tukar bidang lain. Dah half way dah ni. Nak tak nak kena usaha untuk mampukan diri. Tutorial sudah. Baca notes sudah. Try and error sudah. Tapi tak faham-faham jugak. Then, I need you all to make me able to !

"Being strong is the only option left"- Zawin Najah

p/s : Please bear with me as I'm not that brilliant to understand in a blink of an eye. Teach me from the very basic part. Assume that I'm absolutely know nothing about java and html.