Tuesday, July 9, 2013

Once he says YES , I'll say YES too

Tak terkata . Bagaikan seluruh anggota menggigil . Bahagia , sebak , gembira , terharu , takut , ragu , semuanya akan bercampur-baur saat diri dilamar menjadi yang halal bagi si teruna . I guess so . Ke guane ? Ahaa . Apa2 pun , ketahuilah anda wahai Adam . Hal ini tak semudah yang disangka


Once he says YES , then I’ll say YES too . Bermula saat itu , hidup saya akan berubah . Bermula saat itu , saya BAKAL ISTERI calon zauj saya . Banyak perkara yang perlu diperbaiki sepanjang menuju hari di mana saya menjadi halal baginya . Nak kena belajar memasak , menjahit , mengemas bagai *teringin nak jahit sendiri baju kahwin :') Belajar cara ikat tali leher . Ahaa . Paling penting , nak kena kumpul sebanyak mungkin bekalan ilmu AGAMA . Nanti dah berkeluarga , dah ada anak , kita ibubapa ni laa yang nak kena membentuk anak2 tuu dengan ilmu AGAMA tu jugak

Semakin hampir jarak kita menuju HARI ITU , semakin jauh jarak yang perlu kita renggangkan . Masing2 menjauh bukan kerana hilang rasa sayang , bahkan semakin jauh jarak kita , insyaALLAH rasa sayang semakin bertambah . Masing2 terlalu banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki . Maka gunakan laa masa yang ada sebaik mungkin . Kutip walau secebis ilmu AGAMA yang ada . Saya mahu menjadi zaujah yang terbaik baginya meskipun tak dapat menandingi hebatnya para Ummul Mukmin dan insyaALLAH dia akan menjadi zauj yang terbaik di mata saya . Kami ingin menjadi 'Qurratul Ain' antara satu sama lain :')

Tapi , sejauh mana kesungguhan dia untuk menjadikan saya halal baginya ? Sejauh mana keyakinan saya terhadap niatnya itu ? Dan sejauh mana kemungkinan 'permission' yang akan diberi oleh wali saya ? Ahaa . Semuanya bergantung kepada anda wahai bakal IMAM ku

Saya tidak menganggap anda serious selagi anda tak menyatakan hasrat anda itu kepada ibubapa anda mahupun ibubapa saya . Saya tidak menganggap anda serious selagi anda tidak melakukan solat Istikharah memohon petunjukNYA . Saya tidak menganggap anda serious selagi anda tidak bersedia dari segi AGAMA , PELAJARAN , TANGGUNGJAWAB , KEWANGAN dan lain-2

Saya sendiri pun masih mahu bersedia dari segi semua aspek tu . Saya mahu diberikan waktu . Bukan saya tak sudi , bukan saya menolak . Cuma ini bukan soal main2 . Saya kena menjadi SANGAT CEREWET dalam hal ni

Bagi wali saya pula , mana mungkin beliau akan menyerahkan anak gadisnya kepada sembarangan orang ? Beliau perlu kenal siapa anda . Beliau perlu tahu bagaimana peribadi , perlakuan anda . Beliau perlu tahu seluruh latar belakang anda sama ada keluarga mahupun diri anda sendiri . Beliau perlu diberi keyakinan bahawa beliau tidak akan salah menyerahkan anak gadisnya kepada orang yang tidak selayaknya . Apa2 pun , ketahuilah , AGAMA yang wali saya cari

Ini semua boleh jadi bukan suara hati saya seorang . Tapi inilah yang akan menjadi suara hati setiap Muslimat yang menanti bakal2 imam mereka , yang akan membimbing mereka ke 'Al-Jannatul Darus Salam' insyaALLAH . Maka saya ini adalah salah seorang daripada mereka :')


*Di saat anda menyatakan hasrat itu , sejak itu , hati ini tak pernah berhenti berdegup kencang*

Hajat Tertunai :')

Ini bukan permintaan , paksaan atau apa . Ini sekadar HAJAT semata-mata -.-' yelah tak paksa pun anda semua untuk join 'mini picnic' ni . *cehh picnic lah SANGAT ~  Tapi sangat berharap anda SEMUA dapat join . Ahaa . Tapi nak buat macam mana , Nash tak dapat balik . Nun jauh di Shah Alam tu haa . Dayah and Una pulak balik kampung . Ewa pulak kena jaga adik kat rumah . Zawin pulak kerja pagi . Kalau petang boleh laa dia  join . It's okke . Anda tetap sentiasa dalam ingatan kami :')


Pagi  6 Julai 2013 , mendung je . Gaya nya macam nak hujan . Tapi tak hujan2 -.-' Janji dengan Ain pukul 8 dah bersiap-siap bagai . Tapi pagi tuu pukul 8 lah baru nak bangun tidur nya -.-' Pagi tu jugak lah baru nak kemas2 barang bagai . Akibatnya , macam2 yang takde masa dah sampai destinasi

Air paip untuk masak takde . Air minum takde . Ais takde . Dah singgah 7e beli semua tu . Straight to the beach . Pheww . Nak hidupkan api semua tak reti . Encik Amalina lah penyelamat . Ahaa . Api dah hidup , dah sedia nak masak bagai . Tettttt ~ mana perencah untuk steamboat nyaaa ?? Alahai tertinggal dalam peti kat rumah -.-'

Nak pergi beli perencah tu jeee . Tapi yang membeli nya sampai 5 orang . Paleh amat aok me nii . Ahaa . Yang tinggal nya , Encik Vava , Ain , Syakirah , EcahRahman and Encik photographer ( cousin Ain ) . Punya laa lama menunggu dorang membeli belah -.-' sempat lah kami ni makan dulu . Ahaa . Kita bako jeee 


 *ouh PERHATIAN . Kami geng2 tak pandai memasak ? Watch your words ! Ini namanya kemahiran hidup . Dah takde bahan nak buat steamboat , cari alternatif lain untuk masak oke ? :')

Nak dekat setengah jam rasanya menunggu . Yedok ? Ahaa tataw . Tak ingat -.-' ini lawak . Nak masak macam mana kalau api takde ? Gas lighter pulak habis . Masa tu jugak lah dia nak habis nya . Ahaa semua macam dah fedup je gayanya . Ain yang kemalasan jugak jadi mangsa kena pergi beli kan Ain ? Ahaa sabo jelah



Okke mula masak . Lebih ramai yang jadi tukang tengok daripada tukang masak nya -.-' Faez tu pulak TUKANG POSING aje kerjanya . Orang nak snap gambar , dan dan je nak pegang senduk tuu . Ahaa . Di mana ada kamera , di situ ada Faez :p tetttt ~ perasan periuk tak panas langsung ! Ahaa gas dapur tu pulak habis . Nasib Umi memang dah bawak spare . Okke semua tak reti nak tukar gas , hidupkan api tuuu . Encik Amalina lah pakarnya :')

Alhamdulillah semuanya baik2 SAHAJA . Steamboat siap sedia untuk dimakan ! Oyeah lapar gila dah perut setelah berbagai ujian dan dugaan yang harus ditempuhi . Ahaa . Sedap ke tidak ? Wajib lah sedap ! Ahaa perut ni kalau dah lapar , makan apa pun semuanya sedap . Tapi lagi sedap sebab Encik Vava yang masak . Ahaaa . Cisss angkat bakul sendiri -.-'


Tuan punya HAJAT – Encik Vava
Drivers – Umi , Ain
Tukang potong sayur – EcahRahman , Syakirah , Maizan
Tukang hidupkan api – Amalina
Tukang masak – Encik Vava
Pembantu tukang masak – EcahRahman , Syakirah , Faez , Fatimah
Tukang POSING – Faezatul Mursyida
Encik photographer – cousin Ain , Fatin
Tukang makan – SEMUA !
Tukang bakar – SEMUA !

Bebola2 yang tak habis tuu , kami bakar jeeee . Lagipun kuah steamboat dah habis . Perancah pun dah habis . Kalau tak boleh je masak yang lain . Alah bakar pon sodapp . Cicah dengan sos yang akak Maizan beli kan ? Ahaa . Tapi kali ni , siapa nak makan , bakar sendiri ye . Jadi semua lah membakar . Cop ! Siapa yang bakar bebola tu sampai garfu saya pun awak bakar hah ? Sila tampil menyerah diri . Ahaa FAIL nak buat menantu :p

Biar betapa banyak hal yang mengganggu kelancaran hari itu , Alhamdulillah hati bahagia bersama mereka . Puas ! Hajat tertunai . Ahaa dah lama kot saya menyuarakan hajat ni kat Umi . Kan Umi kan ? Ahaa terima kasih kepada semua kerana merealisasi kan hajat saya niiiii . Weeee seronok ! :')


Ouh agak istimewa . Kat Ihsan dulu , kita tak pernah bertegur *yang tak sama kelas masa kat Ihsan laaa  Hanya senyuman yang mampu diukir setiap kali bertemu . Aceyyy saya senyum ke ? Senyum lah ! Tapi ramai kata saya susah nak senyum . Yedok ? -.-' Okke asif jiddan ! Semuanya bermula di Kuliah . Semuanya bermula kerana STAM . Study , stay-up bagai bersama . Alhamdulillah berjaya pun bersama

*Ukhuwah Fillah . Semoga ALLAH sentiasa menjaga ukhuwah ini sehingga ke akhir hayat dikandung badan*


Saturday, July 6, 2013

Hari Itu :')

Akhirnya , hari yang ditunggu-tunggu , telah pun berlalu . Hari itu , 28 JUN 2013 , hari penting bagi saya . Biarlah apa pun pandangan orang lain tentang  hari itu . Biarlah orang2 sekeliling saya seperti tak MENGIKTIRAF sijil tinggi agama ni , tapi hari itu tetap menjadi  HARI PENTING saya . Hari Jubah STAM saya :')

Biar betapa banyak rintangan , ujian yang perlu saya hadapi sepanjang perjalanan pulang ke Pahang dari Selangor .  Alhamdulillah selamat juga sampai ke destinasi . Tapi terkilan tak sempat sesi pengambaran petang Khamis 27 June tu . Kalau abang.Teh jemput awal sikit kat terminal insyaALLAH sempat je rasanya . Hmm . Ahaa biarlah nak kata beria ke apa . Tapi itu salah satu angan2 saya . Bergambar bagai pakai jubah konvo ramai2 . Ahaa

lain jubah , lain maksud . heee :D

Sebelum STAM , tak yakin langsung boleh lulus . Even lepas habis STAM pun . Asyik fikir asal lulus pun jadilah -.-' mana tak nya , tengok result trial . . . alahai tak tahu nak kata lah . Boleh dikatakan teruk lah jugak nak banding dengan kawan2 lain . Hmm

Tapi bila dapat result STAM , dengan pangkat yang diterima , tak terkata . Lama tenung nama tu . Betul ke nama saya -.-' tangan ni terketar-ketar bagai bila tengok result . Rasa SYUKUR tak terkata :') Alhamdulillah sangat ! Ayat ustazah.Rabihah , warden angkat masa kat hostel "Kan ustazah dah cakap , awk boleh . Tahniah 3X ! Sekarang buat yang terbaik untuk nursing tu pulak" . Erkkkk . Ayat last tu yang susah sikit tuuu . Macam susah untuk dicapai je pada tahap kemampuan saya ni -.-'

meena , syakirah , helwa takde dalam gambar -.-'

Tapi dua hari itu seronok sangat ! 10 orang anak dara tumpang rumah . Ahaa macam2 hal . Mana taknya , yang tahu saya nak balik konvo , Umi , Ain , Syakirah je . Macam2 tiga orang ni kena buat semata-mata nak cover line saya . Macam2 dorang kelentong . Ahaa yang lawak nya boleh pulak masa nak masuk lorong rumah tu , kereta Ain kat depan saya , belakang saya kereta Umi . Kereta saya ni tengah2 . Tu pun Ain sorang je yang perasan . Orang lain tak sedar langsung tu kereta saya . Ahaa lawak gila time tu . Menyorok bawah seat bagai :p

Minta maaf semuaaa . Terutamanya Umi , Ain , Syakirah and MAK LANG ! ahaa . Maaf menyusahkan . Maaf atas segala kekeliruan . Maaf atas segala kepenatan anda semua hari Khamis tuu . Ini bukan surprise , kejutan atau apa . Ini hanyalah HAJAT semata-mata . Saya mahukan ianya begitu . Ahaa . Asif jiddan kullukum :')

ikut muka siapa ? ahaa

Finally , I hope my parents would be proud + happy with my achievements so far . I wish I can continue to just make them happy and be their "Qurratul Ain" for the rest of my life . InsyaALLAH . Amen . Bak kata kawan saya , "sayang sahaja tak guna kalau tak ada persefahaman" . Kata2 tu sangat berguna untuk saya . Ahaa . Mungkin yang dia maksudkan tentang cinta . Tapi saya aplikasikan for my future career

Memang dari kecil , my ambition is to be a surgeon . Budak sains tuuu . Tapi tak boleh nak buat apa jugak kalau saya minat saja , tapi tak boleh bawak aliran ni . Bukan saya tak mencuba , bukan saya berputus asa . Tapi saya belajar untuk menerima hakikat . Ikutkan hati , memang tersangat iri hati dengan mereka yang boleh berjaya mencapai CITA-CITA SAYA tu

But it's okke . Berjaya tak semestinya berhasil mendapatkan apa yang kita inginkan . Berjaya itu boleh jadi , berhasil mencapai sesuatu tahap yang fikiran kita pun tak pernah tercapai untuk berkhayal tentangnya . Ahaa faham tak maksud saya ? Oke just ignore . Ahaa -.-' masih setia menunggu result UPU for STAM

*good luck adik2 STAM 2013 . ALLAH sentiasa bersama kita . oppa ! noona ! fighting ! ahaa*