Sunday, April 28, 2013

PRU tiba


Assalamualaikum . PRU semakin hampir . Maka , makin banyak lah manifesto2 yang diberikan daripada semua parti . Banyak juga janji2 yang ditabur untuk menarik undi . Kat FB pun banyak jugak kempen2 untuk PRU ni . Semangat !

Okke . Sekadar mengingat kan . Tak kira lah anda sokong parti mana pun , buat lah pilihan yang betul . Jangan sampai anda di-BUTA-kan dengan nafsu dan ego diri . Kerana terlalu TAKSUB dengan parti pilihan , yang SALAH dikatakan BENAR . Yang HARAM dikatakan HALAL .

Aaa ada yang sampai sanggup edit gambar pemimpin parti lain , sehingga mendatangkan fitnah mahupun aib si empunya badan . Ada juga yang saling mengutuk , mencaci , memaki , bergaduh , berkelahi sesama sendiri kerana mempertahankan parti pilihan masing2 . Perlu ke ? -.-'

Tak kurang juga , cerita2 yang kurang enak didengar telah disebarkan . Sama ada cerita itu mengenai pihak pembangkang , mahupun pihak pemerintahan . Sejauh mana kesahihan cerita2 tersebut , saya tak berani nak komen :') TAPI ! Kalau dah sampai memfitnah bagai , semata2 nak menarik lebih banyak undi , parok doh tuuu . BETUL ke tindakan macam tu ? HALAL ke buat macam tu ?


Tak kira lah apa pun parti pilihan anda , AGAMA perlu didahulukan ! Selagi anda bergelar ORANG ISLAM ! Anda sememangnya WAJIB ! untuk memilih pemimpin yang berAGAMA ! Katanya , negara kita adalah negara ISLAM . AGAMA rasminya adalah ISLAM . Maka , segala sistem pemerintahan , undang2 dan lain2 perlu lah berlandaskan hukum ISLAM juga . Hukum AL-QURAN ! Hukum ALLAH ! Tak gitu ? Ke guane ?

Siapa yang menentang , maka sebenarnya anda sedang menentang ALLAH ! Siapa yang berkata itu tidak releven lagi untuk digunakan pada zaman kini , anda seolah-olah ingin mengatakan "AKU LEBIH BIJAK DARIPADA ALLAH !" . Nauzubillah . Sila celik kan mata , akal dan fikiran anda ! Jangan sampai anda di-BUTA-kan dek KE-TAKSUB-AN anda terhadap parti pilihan .


Tak kira lah apa pun parti pilihan anda , andai kata , calon daripada parti pilihan di kawasan anda itu adalah ORANG KAFIR , maka anda WAJIB ! memilih calon daripada parti yang lain , yang beragama ISLAM ! Jika anda tetap memilih calon yang KAFIR , maka HARAM lah hukum nya . Jangan sampai anda di-BUTA-kan dengan KE-TAKSUB-AN anda terhadap parti pilihan .


Tak kira lah apa pun parti pilihan anda , sila fahami ini betul2 ! Negara kita negara Malaysia . Di dalamnya , ada beberapa buah parti yang akhirnya membentuk sebuah kerajaan , iaitu kerajaan Malaysia dan dipimpin oleh satu parti besar iaitu Barisan Nasional . Maka , tiada istilah kerajaan BN , mahupun kerajaan PR , atau , apa2 lah -.-' kerana kerajaan kita adalah KERAJAAN MALAYSIA . BN mahupun PR , kedua2 nya hanyalah gabungan parti2 sahaja .

Satu lagi ! Sila fahami ! Sekarang parlimen telah pun dibubarkan . Jadi , sila fahami ! Malaysia sekarang ni tak ada kerajaan sehingga lah keputusan pilihanraya nanti keluar . Masa tu baru akan diketahui semula siapa pemerintah kerajaan baru kita ? Masih kekal yang sama , atau dah berubah kuasa pemerintahan ?

Tak kira lah apa pun parti pilihan anda , jangan lah sampai bergaduh , berkelahi , bermusuhan sesama sendiri bagai . Kita ini SATU ! satu AGAMA . satu AKIDAH . satu TUHAN . satu UMMAH . Phewww . Semangat -.-' Okke

Thursday, April 18, 2013

Jordan Memanggil . . .


Maka , berakhirlah sudah sebuah tanda tanya , keraguan di hati . Keputusan muktamad diberi oleh si ayah . Si ibu jua tidak berani untuk mengingkari . Dibimbangi kesihatan si ayah terjejas dek kedegilan si anak mereka ini . Lalu ku pujuk hati , ku redha kan diri untuk melepaskan segala hasrat di hati .

Tawaran ke Jordan datang berkunjung melamar ku . Apakan daya , ayah sangat menentang . Katanya , kekal sahaja di UIA ni . Kalau memang tak boleh nak catch-up course yang saya ambil sekarang , boleh usaha untuk minta tukar couse lain .

. . . . . perbualan bersama mak malam semalam ku matikan dengan hati yang sangat marah lagi kecewa . Haih entah lah nak cakap macam mana . Hati aku sakit , tersepit .

Deringan telefon pagi tadi sungguh sangat mengganggu tidurku . Kedengaran suara si ibu di hujung talian . Tak banyak yang aku suarakan . Lebih banyak berdiam diri . Mungkin itu lebih baik bagiku ketika itu . Mak ada menanyakan , "Ana marah mak ke ?" okke . Sayu pula hati tersa . Hmm . Mak menjelaskan situasi yang sebenar . Bukan mak sengaja menghalang ku daripada menerima tawaran Jordan itu . Tapi semuanya kerana si ayah . Dibimbangi kesihatan ayah terjejas . Ayah dah lama menghidap penyakit darah tinggi .

Kebetulan , jiran kami baru sahaja meninggal 2 hari yang lalu setelah menderita sakit kencing manis . Salah seorang anaknya , doktor . Lepasan Jordan . Bertahun lamanya dia menuntut ilmu . Nun jauh di sana , di negara orang . Baru setahun lebih pulang ke tanah air . Keadaan ayahnya semakin parah . Namun masih berdegil tidak mahu ke hospital untuk dirawat . Puas dipujuk . Namun masih berdegil sehinggalah nafasnya yang terakhir . Niat baik si anak dikatakan kurang ajar . Setelah ketiadaan si ayah , anaknya sungguh sangat merasa terkilan . Mungkin ini yang dia rasakan .

"Saya anak yang tak berguna . Saya seorang doktor . Akan tetapi , ayah saya sendiri saya tidak mampu untuk merawatnya . Saya juga telah berlaku kurang ajar terhadap ayah saya . Saya telah memaksanya untuk ke hospital . Saya tahu dia tak sukakan nya . Tapi saya tetap memaksanya ."

Perasaan diri tidak berguna dan anak yang kurang ajar mungkin akan  menghantui dirinya . Nauzubillah . Semoga dia dipelihara ALLAH . Tidak menyalahkan diri atas kematian ayahnya . Semoga ALLAH memberi ketenangan di hati nya . Dan semoga ALLAH mencucuri rahmat-NYA serta menempatkan arwah ke dalam golongan hamba2-NYA yang beriman . AMIN

Dengan hati yang lemah , saya cuba kuat kan diri . Mungkin inilah jawapan dari-NYA untuk pertanyaan saya . Saya mencuba untuk tetap redha . Saya positifkan diri membenarkan kata2 mak . Jordan tu jauh . Nanti sakit pening saya , mahupun kedua2 mereka , susah pulak nak melawat , merawat bagai . Sebab JAUH ! Lagipun , kos sara hidup di sana bukan lah murah walaupun dengan adanya pinjaman . Kami bukanlah dari keluarga yang senang . Hanya golongan pertengahan . Lagipun saya sendiri sedar , bukan mudah untuk saya berjauhan dari keluarga  . Alangkan kat Malaysia ni pun , paling kurang sebulan sekali wajib nak balik rumah ! Setiap minggu kalau tak balik , mesti ada je mimpi2 dari rumah yang datang berkunjung dalam lenaku -.-'

MAKA , terbinalah kata2 ini untuk merawat hati . Selagi mak ayah masih hidup , USAHA-kan !
- utamakan mereka LEBIH daripada diri sendiri
- jaga hati mereka LEBIH daripada hati sendiri
- gembirakan mereka LEBIH daripada diri sendiri


 Lagipun , saya dah pernah luka kan hati ayah sebulan yang lalu . Walaupun pada saya , niat saya baik . Hanya ingin melihat beliau bangga dengan anak bongsu nya ini . Pada saya , sepanjang saya hidup 18 tahun ni , tak pernah ada satu pun perkara yang saya pernah lakukan , yang membanggakan kedua ibubapa saya . Ketika saya membuat keputusan untuk repeat MUET saya , ramai yang seperti menentang . Kata mereka untuk apa saya repeat ? Sedangkan result saya telah dikira bagus .

Tapi hati saya kata , insyaALLAH saya mampu lakukan yang lebih baik dari itu . Ayah sangat menentang keputusan saya . Katanya , apa yang saya dapat tu dah cukup . Tak perlu repeat ! Tapi saya keraskan kepala -.-‘ DEGIL ! Saya teruskan niat di hati . Tiba hari peperiksaan . Speaking , reading menampakkan permulaan yang agak baik . Tiba sahaja writing paper , tak disangka-sangka tiba2 otak jadi BLANK ! Boleh dikatakan result saya kali ini akan hancur -.-' syukurlah listening menenangkan hati . Hmm

Dari itu , saya berkata dalam hati . Kalau lah saya tak degil , dengar kata mak ayah , tentu tak akan jadi begini . Mula timbul rasa menyesal dalam hati . Maka saya membuat konklusi . Kalau buat sesuatu tanpa redha ibu dan ayah , begitu lah akibat nya .

Hari ini , saya aplikasikan semula kata2 saya yang dulu . Kalau memang ayah tak izinkan saya pergi , baiklah . Saya akur . Takkan ku lakukan tanpa redha mereka . Pada mulanya memang saya marah lagi kecewa . Tapi ku pujuk hati . Errr tapi kadang2 saya keliru dengan kemahuan ayah . Dulu beliau yang beria mahu saya ke Jordan . Sejak saya form4 lagi ! Tak habis2 dengan Jordan . Saat saya dah diberi peluang itu , beliau jua yang kuat menentang  . Tapi , biarlah . Dah ayah tak izin . Akur kan sahaja .


Kepada anda teman , Faezatul Mursyida Binti Zolkifly , teruskan niat anda . Takpe . Pergi je dulu temuduga tu minggu depan . Dapat ke tak biasiswa tu , kemudian fikir . Apa pun keputusan anda , biarlah didahulukan istikharah dan musyawarah . Jordan tu bukan dekat2 tau ! Fikir betul2 . Kalau memang hati dah nekad , kuatkan hati . Tak boleh cengeng2 duduk sana nanti !

* SAYA BUKAN LAH ANAK YANG BAIK . TAPI SAYA MENCUBA MENJADI LEBIH BAIK *