Sunday, April 28, 2013

PRU tiba


Assalamualaikum . PRU semakin hampir . Maka , makin banyak lah manifesto2 yang diberikan daripada semua parti . Banyak juga janji2 yang ditabur untuk menarik undi . Kat FB pun banyak jugak kempen2 untuk PRU ni . Semangat !

Okke . Sekadar mengingat kan . Tak kira lah anda sokong parti mana pun , buat lah pilihan yang betul . Jangan sampai anda di-BUTA-kan dengan nafsu dan ego diri . Kerana terlalu TAKSUB dengan parti pilihan , yang SALAH dikatakan BENAR . Yang HARAM dikatakan HALAL .

Aaa ada yang sampai sanggup edit gambar pemimpin parti lain , sehingga mendatangkan fitnah mahupun aib si empunya badan . Ada juga yang saling mengutuk , mencaci , memaki , bergaduh , berkelahi sesama sendiri kerana mempertahankan parti pilihan masing2 . Perlu ke ? -.-'

Tak kurang juga , cerita2 yang kurang enak didengar telah disebarkan . Sama ada cerita itu mengenai pihak pembangkang , mahupun pihak pemerintahan . Sejauh mana kesahihan cerita2 tersebut , saya tak berani nak komen :') TAPI ! Kalau dah sampai memfitnah bagai , semata2 nak menarik lebih banyak undi , parok doh tuuu . BETUL ke tindakan macam tu ? HALAL ke buat macam tu ?


Tak kira lah apa pun parti pilihan anda , AGAMA perlu didahulukan ! Selagi anda bergelar ORANG ISLAM ! Anda sememangnya WAJIB ! untuk memilih pemimpin yang berAGAMA ! Katanya , negara kita adalah negara ISLAM . AGAMA rasminya adalah ISLAM . Maka , segala sistem pemerintahan , undang2 dan lain2 perlu lah berlandaskan hukum ISLAM juga . Hukum AL-QURAN ! Hukum ALLAH ! Tak gitu ? Ke guane ?

Siapa yang menentang , maka sebenarnya anda sedang menentang ALLAH ! Siapa yang berkata itu tidak releven lagi untuk digunakan pada zaman kini , anda seolah-olah ingin mengatakan "AKU LEBIH BIJAK DARIPADA ALLAH !" . Nauzubillah . Sila celik kan mata , akal dan fikiran anda ! Jangan sampai anda di-BUTA-kan dek KE-TAKSUB-AN anda terhadap parti pilihan .


Tak kira lah apa pun parti pilihan anda , andai kata , calon daripada parti pilihan di kawasan anda itu adalah ORANG KAFIR , maka anda WAJIB ! memilih calon daripada parti yang lain , yang beragama ISLAM ! Jika anda tetap memilih calon yang KAFIR , maka HARAM lah hukum nya . Jangan sampai anda di-BUTA-kan dengan KE-TAKSUB-AN anda terhadap parti pilihan .


Tak kira lah apa pun parti pilihan anda , sila fahami ini betul2 ! Negara kita negara Malaysia . Di dalamnya , ada beberapa buah parti yang akhirnya membentuk sebuah kerajaan , iaitu kerajaan Malaysia dan dipimpin oleh satu parti besar iaitu Barisan Nasional . Maka , tiada istilah kerajaan BN , mahupun kerajaan PR , atau , apa2 lah -.-' kerana kerajaan kita adalah KERAJAAN MALAYSIA . BN mahupun PR , kedua2 nya hanyalah gabungan parti2 sahaja .

Satu lagi ! Sila fahami ! Sekarang parlimen telah pun dibubarkan . Jadi , sila fahami ! Malaysia sekarang ni tak ada kerajaan sehingga lah keputusan pilihanraya nanti keluar . Masa tu baru akan diketahui semula siapa pemerintah kerajaan baru kita ? Masih kekal yang sama , atau dah berubah kuasa pemerintahan ?

Tak kira lah apa pun parti pilihan anda , jangan lah sampai bergaduh , berkelahi , bermusuhan sesama sendiri bagai . Kita ini SATU ! satu AGAMA . satu AKIDAH . satu TUHAN . satu UMMAH . Phewww . Semangat -.-' Okke

No comments: