Sunday, September 1, 2013

Teman Pengganti

Heyyo ! Salam . Erm anda tahu kan cita2 saya dari kecil memang nak sangat jadi surgeon ? -.-' oke anda tak tahu . Just ignore . Tapi apa kan daya , nampak gaya nya cita2 saya yang dah 14 tahun tu takkan tercapai . Masih mencuba untuk tetap redha . Dan kalau ditanya negara mana yang menjadi pilihan untuk menyambung pelajaran , Jordan lah . Ahaa tak tahu lah mengapa . Dari form4 lagi . Tapi kalau negara untuk melancong , Jepun . Tu pun tak diketahui mengapa Jepun menjadi pilihan . Ahaa

Okke masuk point -.-' walaupun saya tak dapat jadi surgeon , saya belum dapat ke Jordan lagi , tapi اﻠﺤﻤد ﻠﻠﻪ , ﺇﻨﺸﺃ ﷲ kedua-dua nya bakal disempurnakan oleh 2 orang kawan rapat saya :') kami kawan dari sekolah rendah kot . Zue dengan saya sama kelas dari darjah2 sampai form5 . Tak pernah terpisah . Faez pulak ada yang sama kelas , ada yang tak . Tapi still dalam sekolah yang sama . Sampai form6 dengan Faez . InsyaALLAH Zue akan melanjutkan pelajaran dalam course medic di UCSI ? Errr saya tak pernah dengar UCSI tu sebelum ni . Kat Cheras , Kuala Lumpur . Ada siapa2 pernah dengar tak ? Ermm . Awal bulan September ni sesi pembelajaran akan bermula insyaALLAH . Zue ada cerita pasal interview dia dengan UCSI tu . Tapiiii saya ni faham , tak faham je . Ahaa jadi nya , kalau nak tahu apa2 , tanya lah tuan empunya badan sendiri oke ?


Faez pulak . Erm sebelum ni saya pernah buat entry pasal dia dan Jordan ni . Kat sini  . Hmm dua tahun di Malaysia dan 4 tahun kemudian nya di Jordan . InsyaALLAH lah , kalau tak ada apa2 halangan . Kawan ! Kat sana nanti tak payah nak merengek nak balik bagai lah ye . Hempuk kang . Bukan dekat2 Jordan tu -.-' Aok dah pilih nak tetap kat aliran tu , kena terima lah susah senang nya

Hmm masih mencuba untuk tetap redha . Lain orang , lain cara ujian yang diberikan . Lain kelebihan dan kekurangan yang dikurniakan . Lain juga rezeki yang dilimpahkan . Semuanya berbalik kepada kuasaNYA . Sekuat mana pun usaha kita untuk mencapai apa yang dihajati , tapi tanpa keizinanNYA , maka hasil yang kita dapat tidak lah seperti apa yang diharapakan . ﺇن ﷲ ﻋﻠﻰ ﻜﻝ ﺸﺊ ﻗﺩﻴﺭ NOTED ! :')

It's okke . Saya tak ada rezeki untuk menjadi 'surgeon' seperti mana yang dalam pemahaman anda semua . Tapi insyaALLAH saya masih boleh menjadi 'surgeon' dengan cara saya . Macam mana ? Ahaa ada lah . Saya BELUM dapat melanjutkan pelajaran ke Jordan . Kenapa 'BELUM dapat' ? Kenapa bukan 'TAK dapat' ? Sebabbb insyaALLAH saya akan melanjutkan juga pelajaran saya ke sana bersama SUAMI tercinta nanti . Mungkin masa tu tak ada halangan daripada ayah lagi . Sebab dah ada SUAMI yang akan menjaga melindungi saya di sana nanti . Ahaa insyaALLAH jika di-izinkanNYA

Satu sahaja yang dah lama saya nak minta dari SEMUA orang . Tolong lah jangan bandingkan saya dengan kawan2 saya . Nak nak lagi yang 2 orang ni . Tak kira lah dari segi apa pun . Tolonglah jangan dibandingkan . Saya akan SANGAT terasa , merasa dan berasa . Terima kasih atas kerjasama anda . Ahaa :')

Cukup lah saya lega cita2 saya bakal disempurnakan oleh 2 orang hamba ALLAH ini . Syukur sangat . Tumpang gembira untuk mereka . Walaupun saya masih dalam proses mencuba untuk tetap redha . Tapi insyaALLAH doa seorang teman akan sentiasa mengiringi kalian . InsyaALLAH . Amin

*Masih setia menanti keputusan rayuan UPU*

Tuesday, July 9, 2013

Once he says YES , I'll say YES too

Tak terkata . Bagaikan seluruh anggota menggigil . Bahagia , sebak , gembira , terharu , takut , ragu , semuanya akan bercampur-baur saat diri dilamar menjadi yang halal bagi si teruna . I guess so . Ke guane ? Ahaa . Apa2 pun , ketahuilah anda wahai Adam . Hal ini tak semudah yang disangka


Once he says YES , then I’ll say YES too . Bermula saat itu , hidup saya akan berubah . Bermula saat itu , saya BAKAL ISTERI calon zauj saya . Banyak perkara yang perlu diperbaiki sepanjang menuju hari di mana saya menjadi halal baginya . Nak kena belajar memasak , menjahit , mengemas bagai *teringin nak jahit sendiri baju kahwin :') Belajar cara ikat tali leher . Ahaa . Paling penting , nak kena kumpul sebanyak mungkin bekalan ilmu AGAMA . Nanti dah berkeluarga , dah ada anak , kita ibubapa ni laa yang nak kena membentuk anak2 tuu dengan ilmu AGAMA tu jugak

Semakin hampir jarak kita menuju HARI ITU , semakin jauh jarak yang perlu kita renggangkan . Masing2 menjauh bukan kerana hilang rasa sayang , bahkan semakin jauh jarak kita , insyaALLAH rasa sayang semakin bertambah . Masing2 terlalu banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki . Maka gunakan laa masa yang ada sebaik mungkin . Kutip walau secebis ilmu AGAMA yang ada . Saya mahu menjadi zaujah yang terbaik baginya meskipun tak dapat menandingi hebatnya para Ummul Mukmin dan insyaALLAH dia akan menjadi zauj yang terbaik di mata saya . Kami ingin menjadi 'Qurratul Ain' antara satu sama lain :')

Tapi , sejauh mana kesungguhan dia untuk menjadikan saya halal baginya ? Sejauh mana keyakinan saya terhadap niatnya itu ? Dan sejauh mana kemungkinan 'permission' yang akan diberi oleh wali saya ? Ahaa . Semuanya bergantung kepada anda wahai bakal IMAM ku

Saya tidak menganggap anda serious selagi anda tak menyatakan hasrat anda itu kepada ibubapa anda mahupun ibubapa saya . Saya tidak menganggap anda serious selagi anda tidak melakukan solat Istikharah memohon petunjukNYA . Saya tidak menganggap anda serious selagi anda tidak bersedia dari segi AGAMA , PELAJARAN , TANGGUNGJAWAB , KEWANGAN dan lain-2

Saya sendiri pun masih mahu bersedia dari segi semua aspek tu . Saya mahu diberikan waktu . Bukan saya tak sudi , bukan saya menolak . Cuma ini bukan soal main2 . Saya kena menjadi SANGAT CEREWET dalam hal ni

Bagi wali saya pula , mana mungkin beliau akan menyerahkan anak gadisnya kepada sembarangan orang ? Beliau perlu kenal siapa anda . Beliau perlu tahu bagaimana peribadi , perlakuan anda . Beliau perlu tahu seluruh latar belakang anda sama ada keluarga mahupun diri anda sendiri . Beliau perlu diberi keyakinan bahawa beliau tidak akan salah menyerahkan anak gadisnya kepada orang yang tidak selayaknya . Apa2 pun , ketahuilah , AGAMA yang wali saya cari

Ini semua boleh jadi bukan suara hati saya seorang . Tapi inilah yang akan menjadi suara hati setiap Muslimat yang menanti bakal2 imam mereka , yang akan membimbing mereka ke 'Al-Jannatul Darus Salam' insyaALLAH . Maka saya ini adalah salah seorang daripada mereka :')


*Di saat anda menyatakan hasrat itu , sejak itu , hati ini tak pernah berhenti berdegup kencang*

Hajat Tertunai :')

Ini bukan permintaan , paksaan atau apa . Ini sekadar HAJAT semata-mata -.-' yelah tak paksa pun anda semua untuk join 'mini picnic' ni . *cehh picnic lah SANGAT ~  Tapi sangat berharap anda SEMUA dapat join . Ahaa . Tapi nak buat macam mana , Nash tak dapat balik . Nun jauh di Shah Alam tu haa . Dayah and Una pulak balik kampung . Ewa pulak kena jaga adik kat rumah . Zawin pulak kerja pagi . Kalau petang boleh laa dia  join . It's okke . Anda tetap sentiasa dalam ingatan kami :')


Pagi  6 Julai 2013 , mendung je . Gaya nya macam nak hujan . Tapi tak hujan2 -.-' Janji dengan Ain pukul 8 dah bersiap-siap bagai . Tapi pagi tuu pukul 8 lah baru nak bangun tidur nya -.-' Pagi tu jugak lah baru nak kemas2 barang bagai . Akibatnya , macam2 yang takde masa dah sampai destinasi

Air paip untuk masak takde . Air minum takde . Ais takde . Dah singgah 7e beli semua tu . Straight to the beach . Pheww . Nak hidupkan api semua tak reti . Encik Amalina lah penyelamat . Ahaa . Api dah hidup , dah sedia nak masak bagai . Tettttt ~ mana perencah untuk steamboat nyaaa ?? Alahai tertinggal dalam peti kat rumah -.-'

Nak pergi beli perencah tu jeee . Tapi yang membeli nya sampai 5 orang . Paleh amat aok me nii . Ahaa . Yang tinggal nya , Encik Vava , Ain , Syakirah , EcahRahman and Encik photographer ( cousin Ain ) . Punya laa lama menunggu dorang membeli belah -.-' sempat lah kami ni makan dulu . Ahaa . Kita bako jeee 


 *ouh PERHATIAN . Kami geng2 tak pandai memasak ? Watch your words ! Ini namanya kemahiran hidup . Dah takde bahan nak buat steamboat , cari alternatif lain untuk masak oke ? :')

Nak dekat setengah jam rasanya menunggu . Yedok ? Ahaa tataw . Tak ingat -.-' ini lawak . Nak masak macam mana kalau api takde ? Gas lighter pulak habis . Masa tu jugak lah dia nak habis nya . Ahaa semua macam dah fedup je gayanya . Ain yang kemalasan jugak jadi mangsa kena pergi beli kan Ain ? Ahaa sabo jelah



Okke mula masak . Lebih ramai yang jadi tukang tengok daripada tukang masak nya -.-' Faez tu pulak TUKANG POSING aje kerjanya . Orang nak snap gambar , dan dan je nak pegang senduk tuu . Ahaa . Di mana ada kamera , di situ ada Faez :p tetttt ~ perasan periuk tak panas langsung ! Ahaa gas dapur tu pulak habis . Nasib Umi memang dah bawak spare . Okke semua tak reti nak tukar gas , hidupkan api tuuu . Encik Amalina lah pakarnya :')

Alhamdulillah semuanya baik2 SAHAJA . Steamboat siap sedia untuk dimakan ! Oyeah lapar gila dah perut setelah berbagai ujian dan dugaan yang harus ditempuhi . Ahaa . Sedap ke tidak ? Wajib lah sedap ! Ahaa perut ni kalau dah lapar , makan apa pun semuanya sedap . Tapi lagi sedap sebab Encik Vava yang masak . Ahaaa . Cisss angkat bakul sendiri -.-'


Tuan punya HAJAT – Encik Vava
Drivers – Umi , Ain
Tukang potong sayur – EcahRahman , Syakirah , Maizan
Tukang hidupkan api – Amalina
Tukang masak – Encik Vava
Pembantu tukang masak – EcahRahman , Syakirah , Faez , Fatimah
Tukang POSING – Faezatul Mursyida
Encik photographer – cousin Ain , Fatin
Tukang makan – SEMUA !
Tukang bakar – SEMUA !

Bebola2 yang tak habis tuu , kami bakar jeeee . Lagipun kuah steamboat dah habis . Perancah pun dah habis . Kalau tak boleh je masak yang lain . Alah bakar pon sodapp . Cicah dengan sos yang akak Maizan beli kan ? Ahaa . Tapi kali ni , siapa nak makan , bakar sendiri ye . Jadi semua lah membakar . Cop ! Siapa yang bakar bebola tu sampai garfu saya pun awak bakar hah ? Sila tampil menyerah diri . Ahaa FAIL nak buat menantu :p

Biar betapa banyak hal yang mengganggu kelancaran hari itu , Alhamdulillah hati bahagia bersama mereka . Puas ! Hajat tertunai . Ahaa dah lama kot saya menyuarakan hajat ni kat Umi . Kan Umi kan ? Ahaa terima kasih kepada semua kerana merealisasi kan hajat saya niiiii . Weeee seronok ! :')


Ouh agak istimewa . Kat Ihsan dulu , kita tak pernah bertegur *yang tak sama kelas masa kat Ihsan laaa  Hanya senyuman yang mampu diukir setiap kali bertemu . Aceyyy saya senyum ke ? Senyum lah ! Tapi ramai kata saya susah nak senyum . Yedok ? -.-' Okke asif jiddan ! Semuanya bermula di Kuliah . Semuanya bermula kerana STAM . Study , stay-up bagai bersama . Alhamdulillah berjaya pun bersama

*Ukhuwah Fillah . Semoga ALLAH sentiasa menjaga ukhuwah ini sehingga ke akhir hayat dikandung badan*


Saturday, July 6, 2013

Hari Itu :')

Akhirnya , hari yang ditunggu-tunggu , telah pun berlalu . Hari itu , 28 JUN 2013 , hari penting bagi saya . Biarlah apa pun pandangan orang lain tentang  hari itu . Biarlah orang2 sekeliling saya seperti tak MENGIKTIRAF sijil tinggi agama ni , tapi hari itu tetap menjadi  HARI PENTING saya . Hari Jubah STAM saya :')

Biar betapa banyak rintangan , ujian yang perlu saya hadapi sepanjang perjalanan pulang ke Pahang dari Selangor .  Alhamdulillah selamat juga sampai ke destinasi . Tapi terkilan tak sempat sesi pengambaran petang Khamis 27 June tu . Kalau abang.Teh jemput awal sikit kat terminal insyaALLAH sempat je rasanya . Hmm . Ahaa biarlah nak kata beria ke apa . Tapi itu salah satu angan2 saya . Bergambar bagai pakai jubah konvo ramai2 . Ahaa

lain jubah , lain maksud . heee :D

Sebelum STAM , tak yakin langsung boleh lulus . Even lepas habis STAM pun . Asyik fikir asal lulus pun jadilah -.-' mana tak nya , tengok result trial . . . alahai tak tahu nak kata lah . Boleh dikatakan teruk lah jugak nak banding dengan kawan2 lain . Hmm

Tapi bila dapat result STAM , dengan pangkat yang diterima , tak terkata . Lama tenung nama tu . Betul ke nama saya -.-' tangan ni terketar-ketar bagai bila tengok result . Rasa SYUKUR tak terkata :') Alhamdulillah sangat ! Ayat ustazah.Rabihah , warden angkat masa kat hostel "Kan ustazah dah cakap , awk boleh . Tahniah 3X ! Sekarang buat yang terbaik untuk nursing tu pulak" . Erkkkk . Ayat last tu yang susah sikit tuuu . Macam susah untuk dicapai je pada tahap kemampuan saya ni -.-'

meena , syakirah , helwa takde dalam gambar -.-'

Tapi dua hari itu seronok sangat ! 10 orang anak dara tumpang rumah . Ahaa macam2 hal . Mana taknya , yang tahu saya nak balik konvo , Umi , Ain , Syakirah je . Macam2 tiga orang ni kena buat semata-mata nak cover line saya . Macam2 dorang kelentong . Ahaa yang lawak nya boleh pulak masa nak masuk lorong rumah tu , kereta Ain kat depan saya , belakang saya kereta Umi . Kereta saya ni tengah2 . Tu pun Ain sorang je yang perasan . Orang lain tak sedar langsung tu kereta saya . Ahaa lawak gila time tu . Menyorok bawah seat bagai :p

Minta maaf semuaaa . Terutamanya Umi , Ain , Syakirah and MAK LANG ! ahaa . Maaf menyusahkan . Maaf atas segala kekeliruan . Maaf atas segala kepenatan anda semua hari Khamis tuu . Ini bukan surprise , kejutan atau apa . Ini hanyalah HAJAT semata-mata . Saya mahukan ianya begitu . Ahaa . Asif jiddan kullukum :')

ikut muka siapa ? ahaa

Finally , I hope my parents would be proud + happy with my achievements so far . I wish I can continue to just make them happy and be their "Qurratul Ain" for the rest of my life . InsyaALLAH . Amen . Bak kata kawan saya , "sayang sahaja tak guna kalau tak ada persefahaman" . Kata2 tu sangat berguna untuk saya . Ahaa . Mungkin yang dia maksudkan tentang cinta . Tapi saya aplikasikan for my future career

Memang dari kecil , my ambition is to be a surgeon . Budak sains tuuu . Tapi tak boleh nak buat apa jugak kalau saya minat saja , tapi tak boleh bawak aliran ni . Bukan saya tak mencuba , bukan saya berputus asa . Tapi saya belajar untuk menerima hakikat . Ikutkan hati , memang tersangat iri hati dengan mereka yang boleh berjaya mencapai CITA-CITA SAYA tu

But it's okke . Berjaya tak semestinya berhasil mendapatkan apa yang kita inginkan . Berjaya itu boleh jadi , berhasil mencapai sesuatu tahap yang fikiran kita pun tak pernah tercapai untuk berkhayal tentangnya . Ahaa faham tak maksud saya ? Oke just ignore . Ahaa -.-' masih setia menunggu result UPU for STAM

*good luck adik2 STAM 2013 . ALLAH sentiasa bersama kita . oppa ! noona ! fighting ! ahaa*

Monday, June 17, 2013

Get Start !

Salam . Semester 1 sesi 2013/2014 Centre of Foundation Studies of UIA dah bermula sejak semalam . Alahai . Macam2 rungutan yang didengar . Bilik tak best lah . Bilik tinggi sangat lah . Sedih tak sama bilik dengan roomate lama lah . Give-up belajar kat sini lah . Macam2 . Ahaa


Itu semua yang saya dengar dari kawan2 . Yang saya dengar dan pendam dalam hati ? Ermmm . Bilik ni memang tinggi . Atas sekali kot . Angkut barang semalam pun nak pengsan rasanya . Kaki tangan menggigil -.-' Ni pun terasa lagi kesakitan nya hasil angkut barang2 semalam . Alahai

Sedih tak sama bilik dengan roomate lama ? Ermm entah laa . Nasib saya baik . Alhamdulillah takde laa terpisah sangat . Sebab sama dengan Wani . Dua orang je satu bilik ? Hah ! Memang syiokk laa . Ahaa . Tapi kesian Mas sorang2 . Anis ? Takde khabar berita . Mesej tak berbalas . Hmm

Request saya untuk tukar course still rejected . Ni dah second time apply , then rejected . Reason ? Tak pasti . Tapi dah boleh agak sebab pointer tak cukup . Hmm . Hati memang rasa kemarahan . In my own opinion , THEY suppose to just accept all the applicants and give the approval for the applicants to sit for qualifying test , QT . Don't bother  too much about the pointer

Dah nampak pointer rendah , dah sah2 we can't survive the current course . Apa salah nya bagi peluang untuk kami ambil QT tu ? Tengok kemampuan kami tersendiri . Lain lah kalau course yang kami apply tu , requirements nye lagi tinggi . Itu baru laa boleh diterima why are we rejected ? Just my own opinion . Anda pula bagaimana ? -.-'

Hmm another paper to repeat . Saya memang dah terbiasa belajar 2 , 3 tahun , baru exam . Macam UPSR , PMR , SPM lah -.-' tettt just ignore . Tak mengapa lah . Redha kan sahaja lah semua ujian ni . Lagipun lebih banyak ilmu yang ditambah . Tampung mana2 yang tak tertampung masa sem lepas . Yedok ? Ke guane ?

Apa2 pun saya sangat berharap . SANGAT SANGAT BERHARAP ! Saya diterima ke UIA Gombak untuk bulan 9 niii . Alahai lama lagi . Result UPU keluar minggu ke-2 Julai nii . Doakan saya ! Ahaa . Jimat masa . Tak payah nak kena asasi , foundation bagai . Dah ada STAM . Guna lah . Okke . Mari berdoa . Ahaa



*ANTARA DOA PALING MUJARAB , DOA SEORANG HAMBA KEPADA HAMBA YANG LAIN TANPA PENGETAHUANNYA*

Sunday, April 28, 2013

PRU tiba


Assalamualaikum . PRU semakin hampir . Maka , makin banyak lah manifesto2 yang diberikan daripada semua parti . Banyak juga janji2 yang ditabur untuk menarik undi . Kat FB pun banyak jugak kempen2 untuk PRU ni . Semangat !

Okke . Sekadar mengingat kan . Tak kira lah anda sokong parti mana pun , buat lah pilihan yang betul . Jangan sampai anda di-BUTA-kan dengan nafsu dan ego diri . Kerana terlalu TAKSUB dengan parti pilihan , yang SALAH dikatakan BENAR . Yang HARAM dikatakan HALAL .

Aaa ada yang sampai sanggup edit gambar pemimpin parti lain , sehingga mendatangkan fitnah mahupun aib si empunya badan . Ada juga yang saling mengutuk , mencaci , memaki , bergaduh , berkelahi sesama sendiri kerana mempertahankan parti pilihan masing2 . Perlu ke ? -.-'

Tak kurang juga , cerita2 yang kurang enak didengar telah disebarkan . Sama ada cerita itu mengenai pihak pembangkang , mahupun pihak pemerintahan . Sejauh mana kesahihan cerita2 tersebut , saya tak berani nak komen :') TAPI ! Kalau dah sampai memfitnah bagai , semata2 nak menarik lebih banyak undi , parok doh tuuu . BETUL ke tindakan macam tu ? HALAL ke buat macam tu ?


Tak kira lah apa pun parti pilihan anda , AGAMA perlu didahulukan ! Selagi anda bergelar ORANG ISLAM ! Anda sememangnya WAJIB ! untuk memilih pemimpin yang berAGAMA ! Katanya , negara kita adalah negara ISLAM . AGAMA rasminya adalah ISLAM . Maka , segala sistem pemerintahan , undang2 dan lain2 perlu lah berlandaskan hukum ISLAM juga . Hukum AL-QURAN ! Hukum ALLAH ! Tak gitu ? Ke guane ?

Siapa yang menentang , maka sebenarnya anda sedang menentang ALLAH ! Siapa yang berkata itu tidak releven lagi untuk digunakan pada zaman kini , anda seolah-olah ingin mengatakan "AKU LEBIH BIJAK DARIPADA ALLAH !" . Nauzubillah . Sila celik kan mata , akal dan fikiran anda ! Jangan sampai anda di-BUTA-kan dek KE-TAKSUB-AN anda terhadap parti pilihan .


Tak kira lah apa pun parti pilihan anda , andai kata , calon daripada parti pilihan di kawasan anda itu adalah ORANG KAFIR , maka anda WAJIB ! memilih calon daripada parti yang lain , yang beragama ISLAM ! Jika anda tetap memilih calon yang KAFIR , maka HARAM lah hukum nya . Jangan sampai anda di-BUTA-kan dengan KE-TAKSUB-AN anda terhadap parti pilihan .


Tak kira lah apa pun parti pilihan anda , sila fahami ini betul2 ! Negara kita negara Malaysia . Di dalamnya , ada beberapa buah parti yang akhirnya membentuk sebuah kerajaan , iaitu kerajaan Malaysia dan dipimpin oleh satu parti besar iaitu Barisan Nasional . Maka , tiada istilah kerajaan BN , mahupun kerajaan PR , atau , apa2 lah -.-' kerana kerajaan kita adalah KERAJAAN MALAYSIA . BN mahupun PR , kedua2 nya hanyalah gabungan parti2 sahaja .

Satu lagi ! Sila fahami ! Sekarang parlimen telah pun dibubarkan . Jadi , sila fahami ! Malaysia sekarang ni tak ada kerajaan sehingga lah keputusan pilihanraya nanti keluar . Masa tu baru akan diketahui semula siapa pemerintah kerajaan baru kita ? Masih kekal yang sama , atau dah berubah kuasa pemerintahan ?

Tak kira lah apa pun parti pilihan anda , jangan lah sampai bergaduh , berkelahi , bermusuhan sesama sendiri bagai . Kita ini SATU ! satu AGAMA . satu AKIDAH . satu TUHAN . satu UMMAH . Phewww . Semangat -.-' Okke

Thursday, April 18, 2013

Jordan Memanggil . . .


Maka , berakhirlah sudah sebuah tanda tanya , keraguan di hati . Keputusan muktamad diberi oleh si ayah . Si ibu jua tidak berani untuk mengingkari . Dibimbangi kesihatan si ayah terjejas dek kedegilan si anak mereka ini . Lalu ku pujuk hati , ku redha kan diri untuk melepaskan segala hasrat di hati .

Tawaran ke Jordan datang berkunjung melamar ku . Apakan daya , ayah sangat menentang . Katanya , kekal sahaja di UIA ni . Kalau memang tak boleh nak catch-up course yang saya ambil sekarang , boleh usaha untuk minta tukar couse lain .

. . . . . perbualan bersama mak malam semalam ku matikan dengan hati yang sangat marah lagi kecewa . Haih entah lah nak cakap macam mana . Hati aku sakit , tersepit .

Deringan telefon pagi tadi sungguh sangat mengganggu tidurku . Kedengaran suara si ibu di hujung talian . Tak banyak yang aku suarakan . Lebih banyak berdiam diri . Mungkin itu lebih baik bagiku ketika itu . Mak ada menanyakan , "Ana marah mak ke ?" okke . Sayu pula hati tersa . Hmm . Mak menjelaskan situasi yang sebenar . Bukan mak sengaja menghalang ku daripada menerima tawaran Jordan itu . Tapi semuanya kerana si ayah . Dibimbangi kesihatan ayah terjejas . Ayah dah lama menghidap penyakit darah tinggi .

Kebetulan , jiran kami baru sahaja meninggal 2 hari yang lalu setelah menderita sakit kencing manis . Salah seorang anaknya , doktor . Lepasan Jordan . Bertahun lamanya dia menuntut ilmu . Nun jauh di sana , di negara orang . Baru setahun lebih pulang ke tanah air . Keadaan ayahnya semakin parah . Namun masih berdegil tidak mahu ke hospital untuk dirawat . Puas dipujuk . Namun masih berdegil sehinggalah nafasnya yang terakhir . Niat baik si anak dikatakan kurang ajar . Setelah ketiadaan si ayah , anaknya sungguh sangat merasa terkilan . Mungkin ini yang dia rasakan .

"Saya anak yang tak berguna . Saya seorang doktor . Akan tetapi , ayah saya sendiri saya tidak mampu untuk merawatnya . Saya juga telah berlaku kurang ajar terhadap ayah saya . Saya telah memaksanya untuk ke hospital . Saya tahu dia tak sukakan nya . Tapi saya tetap memaksanya ."

Perasaan diri tidak berguna dan anak yang kurang ajar mungkin akan  menghantui dirinya . Nauzubillah . Semoga dia dipelihara ALLAH . Tidak menyalahkan diri atas kematian ayahnya . Semoga ALLAH memberi ketenangan di hati nya . Dan semoga ALLAH mencucuri rahmat-NYA serta menempatkan arwah ke dalam golongan hamba2-NYA yang beriman . AMIN

Dengan hati yang lemah , saya cuba kuat kan diri . Mungkin inilah jawapan dari-NYA untuk pertanyaan saya . Saya mencuba untuk tetap redha . Saya positifkan diri membenarkan kata2 mak . Jordan tu jauh . Nanti sakit pening saya , mahupun kedua2 mereka , susah pulak nak melawat , merawat bagai . Sebab JAUH ! Lagipun , kos sara hidup di sana bukan lah murah walaupun dengan adanya pinjaman . Kami bukanlah dari keluarga yang senang . Hanya golongan pertengahan . Lagipun saya sendiri sedar , bukan mudah untuk saya berjauhan dari keluarga  . Alangkan kat Malaysia ni pun , paling kurang sebulan sekali wajib nak balik rumah ! Setiap minggu kalau tak balik , mesti ada je mimpi2 dari rumah yang datang berkunjung dalam lenaku -.-'

MAKA , terbinalah kata2 ini untuk merawat hati . Selagi mak ayah masih hidup , USAHA-kan !
- utamakan mereka LEBIH daripada diri sendiri
- jaga hati mereka LEBIH daripada hati sendiri
- gembirakan mereka LEBIH daripada diri sendiri


 Lagipun , saya dah pernah luka kan hati ayah sebulan yang lalu . Walaupun pada saya , niat saya baik . Hanya ingin melihat beliau bangga dengan anak bongsu nya ini . Pada saya , sepanjang saya hidup 18 tahun ni , tak pernah ada satu pun perkara yang saya pernah lakukan , yang membanggakan kedua ibubapa saya . Ketika saya membuat keputusan untuk repeat MUET saya , ramai yang seperti menentang . Kata mereka untuk apa saya repeat ? Sedangkan result saya telah dikira bagus .

Tapi hati saya kata , insyaALLAH saya mampu lakukan yang lebih baik dari itu . Ayah sangat menentang keputusan saya . Katanya , apa yang saya dapat tu dah cukup . Tak perlu repeat ! Tapi saya keraskan kepala -.-‘ DEGIL ! Saya teruskan niat di hati . Tiba hari peperiksaan . Speaking , reading menampakkan permulaan yang agak baik . Tiba sahaja writing paper , tak disangka-sangka tiba2 otak jadi BLANK ! Boleh dikatakan result saya kali ini akan hancur -.-' syukurlah listening menenangkan hati . Hmm

Dari itu , saya berkata dalam hati . Kalau lah saya tak degil , dengar kata mak ayah , tentu tak akan jadi begini . Mula timbul rasa menyesal dalam hati . Maka saya membuat konklusi . Kalau buat sesuatu tanpa redha ibu dan ayah , begitu lah akibat nya .

Hari ini , saya aplikasikan semula kata2 saya yang dulu . Kalau memang ayah tak izinkan saya pergi , baiklah . Saya akur . Takkan ku lakukan tanpa redha mereka . Pada mulanya memang saya marah lagi kecewa . Tapi ku pujuk hati . Errr tapi kadang2 saya keliru dengan kemahuan ayah . Dulu beliau yang beria mahu saya ke Jordan . Sejak saya form4 lagi ! Tak habis2 dengan Jordan . Saat saya dah diberi peluang itu , beliau jua yang kuat menentang  . Tapi , biarlah . Dah ayah tak izin . Akur kan sahaja .


Kepada anda teman , Faezatul Mursyida Binti Zolkifly , teruskan niat anda . Takpe . Pergi je dulu temuduga tu minggu depan . Dapat ke tak biasiswa tu , kemudian fikir . Apa pun keputusan anda , biarlah didahulukan istikharah dan musyawarah . Jordan tu bukan dekat2 tau ! Fikir betul2 . Kalau memang hati dah nekad , kuatkan hati . Tak boleh cengeng2 duduk sana nanti !

* SAYA BUKAN LAH ANAK YANG BAIK . TAPI SAYA MENCUBA MENJADI LEBIH BAIK *

Saturday, March 30, 2013

Jika Cinta


Assalamualaikum . Kalau sebut je cinta , maka terbayang lah pasangan yang bercouple bagai . Maka , secara lazimnya , jika benar cinta , apa yang biasa KITA lakukan ? KITA keh ? Okke . Pun boleh -.-'

*Kononnya jika benar cinta , mesti nak bersama selalu .
*Kononnya jika benar cinta , setiap masa teringatkan SI DIA .
*Lidah pun tak henti2 menyebut nama nya .
*Kononnya bila rindu , hari2 ditenung gambar SI CINTA .
*Kononnya jika benar sayang , setiap yang dia suka , maka perkara itu akan menjadi kesukaan  awak jugak walaupun awak tak pernah suka pun sebelum ni . Perlu ke ? Okke -.-'


Contoh , macam biasa , hari2 nak kena SMS kan ? Kalau time kredit banyak , maka bergayut lah memanjang . Hari2 pun berasa terasa merasa rindu . Padahal hari2 jumpa , kalau dah satu sekolah tu . Hari2 bermesej bagai . Tapi tak puas lagi lepaskan rindu . Euww -.-'

Apa lagi ? Hmm , kalau dulu tak suka tengok bola , sekarang setiap match awak follow . Satu pun tak pernah miss sekarang . Apa2 yang dia tak suka awak buat , then awak takkan buat dah . Even susah nak tinggalkan perkara tu , paling tak pun awak cuba . Kononnya lah . Lagi , selalu rasa nak hadiahkan dia sesuatu . Cukulat , baju , keychain . Couple rings ? Bunga ? Euww . Okke . Pun boleh -.-'

Maka begitulah kononnya orang yang sedang bercinta suppose to be . Really ? Tak perlu kot -.-' Maka , katanya kita cinta kepada ALLAH dan RASUL . Jadi , apa tanda kita cinta akan mereka ? Suppose to do all that such things too .

>> Kalau cinta kepada kekasih , namanya disebut-sebut . Maka jika cinta kepada ALLAH dan RASUL , nama2 mereka dijadikan peneman bibir berzikir .

>> Kalau cinta kepada kekasih , rasa macam nak bergayut je memanjang . Sanggup berhabis duit topup bagai . Maka jika cinta kepada ALLAH dan RASUL mintalah , mohonlah , mengadulah kepada-NYA . Insya ALLAH diperkenankan jika kena caranya . Jangan sombong taknak mengadu kepada DIA . Nescaya rugilah anda . Tak payah nak kena berhabis duit pun kalau ONLINE , WHATSUP , CALLING dengan ALLAH .

>> Kalau cinta kepada kekasih , rasa macam hari2 nak jumpa kan ? Maka , jika cinta kepada ALLAH dan RASUL , hari2 , setiap masa kita rasa tak sabar2 nak berjumpa menghadap-NYA .

>> Kalau cinta kepada kekasih , dapat jumpa seharian pun rasa tak puas . Balik rumah , rasa rindu tu ada lagi . Maka jika cinta kepada ALLAH dan RASUL , setakat solat 15minit je untuk satu waktu , apalah sangat ? 15X5 = sejam 15minit je sehari . Tu baru yang wajib . Try tambah yang sunat sikit2 .

>> Kalau cinta kepada kekasih , segala yang dia suka , akan menjadi kesukaan kita jugak . Maka jika cinta kepada ALLAH dan RASUL , segala suruhan , perintah mahupun sunnah RASUL perlu sentiasa kita amalkan , praktikkan .

>> Kalau cinta kepada kekasih , segala yang dia tak suka , kita cuba tinggalkan . Maka jika cinta kepada ALLAH dan RASUL , segala tegahan dan larangan mereka sedaya upaya kita hindarkan , tinggalkan .

>> Kalau cinta kepada kekasih , sikit pun kita taknak dia bersedih , disakiti . Maka jika cinta kepada ALLAH dan RASUL , takkan pernah kita sanggup mengecewakan mereka kan ? Jangan biarkan mereka murka dengan tindak - tanduk kita di dunia . Ingat ! RASUL yang akan mensyafaatkan kita di akhirat . ALLAH pula yang akan menentukan SYURGA kah kita ? NERAKA kah kita ?



Banyak lagi tanda2 jika benar kita cinta . Anda lebih arif daripada saya dalam bab ni kot . Tak perlu lah saya nak senaraikan semua kat sini kan ? Fikir jelah sendiri . Apa lagi yang pada pandangan awak , yang lazim dilakukan orang2 yang bercinta ni ?

Okke . Perhaps , ada yang merungut “Aku takde couple , mana aku nak tahu apa yang orang couple biasa buat” . Okke good for you -.-' Okke cinta tu bagi saya abstrak dan luas tafsirannya . Boleh jadi cinta kepada manusia keseluruhannya , alam semulajadi , harta benda . Jadi , pada lazimnya , apa yang awak buat sebagai tanda cinta awak kepada mereka ? That’s it . Begitu lah yang perlu kita aplikasikan , untuk menunjukkan cinta kita kepada ALLAH dan RASUL .


*Ilmu agama saya tidaklah tercapai tingginya darjat ilmu para ulama . Iman di dada saya tidaklah seteguh iman para sahabat dan shuhada’ . Tapi insyaALLAH masih mampu berkongsi dan memberi manfaat daripada sedikit ilmu mahupun pendapat yang tidak seberapa ni .

*Cinta lah kepada ALLAH dan RASUL sebagaimana cintanya kita kepada ibubapa , suami , isteri , anak2 , saudara-mara , kawan2 , harta benda , alam semulajadi , kekasih . Banyak kan IBADAT , kurangkan MAKSIAT . Oyeah ! “Aman yaw !” ahaa :))

*MUHASABAH BERSAMA DIRI INI , YANG TAK PERNAH SEMPURNA*

Wednesday, February 20, 2013

The Six F


18 tahun saya membesar bersama anda semua ,
Seorang demi seorang pergi meninggalkan rumah ,
Bermula dari umurku sekitar 10tahun , abang.Ngah meninggalkan rumah
Melanjutkan pelajaran ke Selangor
Kemudian , abang.De  à abang.Teh à abang.ndak ke Terengganu
Sampai suatu masa hanya saya yang tinggal menemankan mak ayah di rumah

Tapi tak lama . Habis je SPM , "paksa rela" masuk PLKN Chini ,
Tinggal lah mak ayah berdua di rumah
Tak sempat habis PLKN , saya ditawarkan pula STAM di kuliah
Tanggal 9 November 2012 , sesi persekolahan tingkatan6 Agama ku tamat
Tak sempat nak rehatkan otak , saya diminta mendaftarkan diri
Pada tanggal 10 November 2012 , UIAM PJ pula . Hmm

Cop . Bukan tu main point nya -.-'
Tapi , satu perasaan yang saya tak pernah rasa sebelum ni ( kot -.-' )
Entah kenapa baru sekarang berasa kita adik-beradik semakin jauh
Masing2 dah bawa haluan diri masing2
Kak long , abang.Ngah pun dah berkeluarga . Dah ada tanggungjawab baru
Entah kenapa baru sekarang berasa rindu
Rindu zaman budak2 dulu . Zaman nakal dulu dengan abang.Teh , abang.Ndak



Tangkap ikan dalam longkang besar belakang rumah
Main bola dalam hujan . Last2 bola tu masuk longkang belakang rumah . Ahaa
Main pondok2 dengan anak cina depan rumah . Ingat dok lagi ? -.-'
Main bola , badminton dalam rumah
Habis jam pecah , pasu bunga mak pecah -.-'

Dulu petang2 , asal abang.Teh balik fardhu ain je
Mesti ada je yang menangis . Kalau bukan saya , abang.Ndak
Tapi masa tu kicik sangat lagi lah . Saya tadika pun belum . Kak long jugak yang pening kepala
Kalau ada apa2 pun kat adik2 , kak long yang kena dengan ayah ( MAAF ! . Ahaa )



Sekarang semua dah besar
Kalau dulu saya jarang dengan abang.Ngah , abang.De
Kalau dulu saya selalu dengan abang.Ndak ,
Kalau dulu saya sangat lah tak suka abang.Teh -.-'
Sekarang semua pun dah lain . Semuanya pun dah terbalik

Hmm apa2 pun , sekarang tinggal lah mak ayah berbulan madu kat rumah
Saat saya pulang ke kampus , mak call , nak pastikan dah selamat sampai ke belum
Di akhir perbualan , mak mengeluh ,
"Hmm oke lah . So , tinggal lah mak ayah je kat rumah . We miss you all"
Maka , begitulah kerinduan kedua-dua mereka kepada kita oke



*Tambah sikit , sebanyak mana pun kita bergaduh bertumbuk bagai selama ni , bak kata pepatah , air yang dicincang tak putus . Begitulah hubungan kita adik-beradik . Diharap takkan pernah terputus

*Ada masa , text lah , call lah adik anda2 semua yang sorang ni haa -.-' koi duk pening mikir nok gi mesir ke guane ? Ke nak stay sini je ? Koi teringin jugak gi merantau negara orang . Blajo kat sana . Okke kalau abang.De , abang.Teh , koi tahu doh aok me tak bagi semangat punye suruh koi pegi . Owk ? -.-'

mom snap this picture . I can't even sit properly yet -.-'
anyway seronok dikelilingi abang2 hensem . ahaa konon . tuihhh :p

*nak cakap depan2 malu -.-' saya sayang THE SIX F !*

Tuesday, February 19, 2013

Rasa Hati


Kadang hati berasa rindu ,
Syaitan pula datang meniupkan rasa ,
Ingin sahaja aku datang menemuimu ,
Menyatakan betapa sakitnya hatiku merindu

Kadang hati berasa sunyi ,
Syaitan turut memainkan peranan diri ,
Dibisikkan kata-kata "semangat" ,
Rindu ini tak tertahan lagi ,
Ayuh cepat ! Kembali kepada maksiat !

Kadang hati berasa perit ,
Menahan nafsu diri yang bukannya sedikit ,
Namun segala godaan ku tepis dan ku bangkit ,
Demi janji syurga-NYA , ku relakan hati ini tersepit

Kepada-Mu wahai Tuhan ku ,
Ku mohon pertolongan dari-Mu ,
Kuatkan lah hatiku dalam menempuhi ujian-Mu ,
Tetapkan lah hati dan iman ku di atas jalan-Mu ,
Tiada yang lain aku harapkan , hanya pada-Mu wahai Tuhan ku

Kepada-Mu wahai Tuhan ku ,
Sungguh diri ini lemah tanpa-Mu ,
Ku mohon petunjuk dari-Mu di dalam setiap sujud ku ,
Adakah benar dia jodoh untukku oleh-Mu ?
















Kepadamu wahai imam yang ku nanti ,
Membuangmu dari hati , bukan mudah buat diri ini ,
Namun barakah dan redha-NYA sungguh sangat ku impi ,
Dari itu , sama-samalah kita menjauhkan diri , menjaga hati , memperbaiki diri

Kepadamu wahai imam yang ku nanti ,
Telah banyak yang ku karang buatmu segala isi hati ,
Harap engkau mengerti apa yang tersimpan jauh di sudut hati ini ,
Bukan sekadar untuk bacaan , penghibur hati ,
Sungguh harapan ku tinggi , moga engkau benar-benar menjadi imam yang ku cari selama ini

Monday, February 18, 2013

Kerana Sayang

Mak ayah mana yang tak sayang kan anak ?
Err okke . Mungkin ada . Tapi mungkin satu dalam seribu
Tu mak ayah yang takde akei (akal ) punya orang -.-'

Ketika mana si anak menyuarakan hasrat ingin bertunang
Atau bernikah pada usia yang muda , ataupun masih dibawah tanggungan mereka
Maka terjadi lah penentangan dari kedua-dua mereka -.-'
Lalu si anak merasakan ibu bapa nya itu tidak memahami perasaan mereka
Tidak memahami situasi mereka , jiwa remaja mereka

Maka , terjadi lah pula pemberontakkan dari si anak
Tidak bertegur sapa dengan mak ayah dalam jangka masa beberapa hari , minggu , bulan atau tahun ?!
Hmm . Ada pula yang lari rumah , merajuk membawa diri ?
Lagi ! Ada yang ambil jalan MUDAH bagi mereka , kahwin lari !
Tanpa memikirkan masalah yang mendatang dalam jangka masa yang panjang ?!

Ada apa dengan cinta ? *tbe -.-'
Okke kepada yang berkenaan , berbaloi ke awak berperangai sedemikian rupa ?
Memulaukan perasaan ibu bapa kerana kekasih hati yang konon nya cinta sejati tu ?
Fikirlah , awak kenal si dia tu dah berapa lama ?
Dengan mak ayah awak pulak berapa lama ?
Ace banding sikit . Buat ratio ke ? *semangat maths -.-'
Dari situ fikir2 lah mana yang sepatutnya lebih DI-SAYANGI ? lebih DI-PENTINGKAN ?
Seberapa penting hubungan awak dengan si dia tu kalau nak dibandingkan ibu bapa sendiri ?!

Okke . Disebabkan saya pun remaja seperti anda
Mungkin lah kot saya memahami perasaan , situasi anda
Mungkin ada yang akan keluarkan fakta ,

"BERKAHWIN AWAL ITU MENGELAKKAN MAKSIAT"
"BERKAHWIN AWAL ITU DI-SUKAI ALLAH DAN RASUL"












Okke saya pun tahu semua tu ! *ikutkan hati teringin jugak kahwin awal ni . err -.-'
 Begini lah . Jangan nak terus berfikiran negatif bagai
Cuba lihat pada sisi kebaikannya , kenapa mak ayah kita bantah keputusan kita tu MENTAH-2 ?!
Tanya pada diri sendiri , kenapa mak ayah bantah ? Mesti ada sebab yang munasabah kan ?
Haruslah . Tak kan saja-2 kot . Kenapa ? Takut "kehilangan" anak setelah dia bernikah ?
Erkkkk . Okke mungkin ada . Nak-2 lagi yang anak tunggal tu haa
Haih kalau gitu lah ropenyer ( rupanya ) , tak dapet ( dapat ) eden nak nolong . Ahaa

Biasanya ibu bapa yang menentang ni bukannya apa
Sebab terlalu sayangkan anak . Terlalu memikirkan anak . Terlalu risaukan anak
Apa yang mereka fikir kan ?
Perihal pelajaran  , mampu ke bahagikan masa antara pelajaran dan rumahtangga ?
Perihal kewangan , mampu ke menanggung perbelanjaan bila dah kahwin ?
Sedangkan si anak masih belajar , atau telah tamat namun masih tiada pekerjaan tetap
Gaji pun tak menentu , atau hanya cukup2 makan untuk diri sendiri !
Jadi , bagaimana nak menanggung anak bini ?
Memang betul lah , rezeki ALLAH tu ada di mana-2 asal kan usaha
Anak juga sering dianggap pembawa rezeki dari ALLAH

Tapi , kan lebih baik kalau kita ada perancangan yang rapi ?
Buat masa sekarang , tumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran
Buat yang masih belajar lah

Soal "KAHWIN AWAL MENGELAKKAN MAKSIAT" pulak ,
Kita yang kawal nafsu ! Jangan sampai nafsu yang mengawal diri !
Lupakan buat sementara waktu perihal buah hati awak tu
Capai kejayaan dalam pelajaran !
InsyaALLAH perihal mendapat pekerjaan yang elok juga dipermudahkan ALLAH ! AMIN

Then , buat perancangan awal menuju ke alam rumahtangga
Kukuhkan kewangan dulu ! Tidak dilupakan , AGAMA awak tu pun ! Terutamanya anda , kaum Adam !
Kerana anda yang akan menjadi nakhoda nya nanti !
Membawa anak2 dan isteri (2 ) *kalau lebih dari seorang -.-' menuju ke jalan redha-NYA
Menuntun mereka bersama2 ke syurga-NYA ! InsyaALLAH . AMIN


















Dan semua tu , perlukan masa yang lama untuk dicapai !
Bukan sehari dua , bukan sebulan dua , bukan setahun dua !
Jadi , bantahan ibu bapa awak tu , ada rasionalnya
Sementara menunggu detik yang dinanti-nanti tu mengunjung tiba ,
Ada baik nya awak fokuskan soal perancangannya dengan rapi dahulu
Bermula dari sekarang ! Then , bila dah sempurna segala persiapan ,
AGAMA , PELAJARAN , TANGGUNGJAWAB , KEWANGAN dan lain-2 ,
Masa tu boleh lah usulkan semula hasrat hati awak kepada kedua ibu bapa

Dan masa tu , dah takde sebab dah mereka nak membantah
Err suppose to be lah . Kalau mereka bantah jugak , err apa lagi yang tak kena ye ?
Ermm soal pangkat dan darjat mungkin . Ahaa . Tak tahu lah saya

*Eh , nak tambah sikit boleh ? Hah . Ada pulak anak-2 yang bagaikan lepas tangan bila dah bernikah . Terutamanya yang masih belajar ! Masih mengharapkan mak ayah yang menanggung hidup mereka ?! Alasan , masih belajar . Masih di bawah tanggungan ibu bapa mereka ?! Masih tidak mampu menanggung perbelanjaan hidup suami isteri dengan sendiri semasa belajar ?!

*Adeh , apa lah . Kalau ye pun mak ayah rela , sanggup , tapi sampai bila nak terus macam tu ? Hmm memanglah sanggup , mana tahan tengok hidup anak-2 terumbang-ambing macam tu je -.-‘ Basicly , bila dah bernikah , secara automatik nya mak ayah dah terlepas dari tanggungjawab menanggung segala perbelanjaan hidup anak2 kan ? Tak gitu ? Ke guane ? -.-‘ Segala perbelanjaan rumahtangga dah bertukar kepada si suami ! So ?! -.-‘

*Malu lah sikit . Dah bernikah tapi masih ditanggung ibu bapa . Apa guna tanggungjawab si suami sebagai ketua keluarga , pencari nafkah dari sumber yang HALAL ?!

*Apa2 pun keputusan awak , soal AGAMA perlu , WAJIB ! di-dahulukan . Got it ? Okke . Gud2 jeh ! Macam yang saya cakap , nak buat perkara HALAL , kenapa perlu melalui cara HARAM ? Cara halal kan ada . Memang perit , memang sukar . ( tidak bagi mereka yang memahami dan menyedari betapa indahnya hukum ISLAM ) . It’s okay . Moga kesabaran awak dibalas dengan redha-NYA . InsyaALLAH . AMIN :)

*sungguh aku rindu*SABARLAH HATI*mencuba terus bertahan*

Saturday, February 16, 2013

Kerana CINTA


Berhenti sejenak , berfikir untuk seketika
Pandang ke arah pilihan hati anda
Apa yang anda lihat ? Apa yang anda temui ?
Apa yang meyakinkan anda dialah pilihan anda ?
Tanyakan pada diri , apakah wajar dia sebagai pilihan hati anda ?
Kerana paras rupanya kah ?
Kerana susuk tubuhnya kah ?
Kerana sifat romantik atau manjanya kah ?
Kerana ayu , sopan , santun nya kah ?
Kerana suara indah nya kah ?
Atau kerana AGAMA yang ada padanya kah ?

Jika AGAMA yang anda lihat ,
AGAMA yang anda cari ,
AGAMA yang anda temui ,
Maka ALHAMDULILLAH , teruskan lah dengan pilihan anda
Jika tidak , tinggalkan lah dia
Kerana tiada apa yang lebih kekal , yang menuntunmu ke jalan redhaNYA
Yang membimbingmu ke taman syurgaNYA
Melainkan AGAMA-NYA yang satu













Jika anda seorang lelaki ,
Mungkin boleh dipertimbangkan jika anda enggan meninggalkan si dia
Dengan SYARAT ! Tanyakan pada diri sendiri terlebih dahulu
Sudah kukuh kah iman di hati ?
Sudah sempurna kah segala ibadah sehari-hari ?
Sudah layak kah diri untuk membimbing si bakal isteri ?
Sudah bersiap sedia kah segala ilmu agama dengan rapi ?
Jika semua jawapan bagi segala persoalan di atas adalah “YA” ,
Then only you can proceed niat di hati
Tapi ! Segala batas pergaulan dalam ISLAM wajib ! Sentiasa di-ikuti !

Ini tidak ! solat 5 waktu sehari semalam pun belum sempurna
Rasa hati rajin , ditunaikan , rasa hati malas , ditinggalkan
Jika solat pula , di hujung-hujung waktu
Jika ditanya persoalan hukum hakam syarak ,
Lebih banyak yang di-diamkan , daripada yang dijawab dengan yakin beserta dalil
Begitu kah anda ingin memimpin keluarga ?
Begitu kah anda ingin mengimamkan keluarga ?
Dibimbangi kekuatan ummah semakin rapuh dek kelekaan anda wahai kaum adam !

Jika anda seorang wanita ,
Enggan meninggalkan si buah hati yang diimpikan menjadi suami ,
Yang membimbingmu nanti , tanpa agamanya yang rapi ,
Anda sememangnya merisikokan diri !

Hendak diluah mati emak , hendak ditelan mati bapak
Apa kan daya , hati telah terlanjur mencintai
Mungkin benar perit rasanya ingin meninggalkan si “hati manis”
Maka , mungkin ini yang boleh anda lakukan wahai si gadis manis
Bak kata Loreal , kerna dirimu begitu berharga , maka jangan menjadi terlalu murah
Setiap yang membawa kita lebih dekat denganNYA ,
Sememangnya perlu dilalui jalan-jalan yang berduri lagi menyakiti
Hanya kepada Tuhan kita berserah diri , moga kesabaran diganti pahala ILAHI

Jika terlalu takut untuk melepaskan dia pergi ,
Berikan sedikit ruang dan waktu untuk masing-masing memperbaiki diri
Kurangkan sedikit demi sedikit aktiviti-aktiviti yang kelak memakan diri
Jika perlu , berpura-pura meyakinkan diri yang dia sudah ada pengganti
Sedikit sebanyak ia membantu merawat luka rindu di hati

*Haih susah betul nak bermadah-madah ni . Macam ni lah , nak buat perkara yang halal kenapa perlu melalui cara yang haram ? Cara halal kan ada . Memang perit . Memang rindu . It’s okay . Moga kesabaran dalam menuju jalan ILAHI diganti dengan BARAKAH-NYA di alam rumahtangga yang dibina nanti . InsyaALLAH . AMIN !

*Kurangkan berbalas-balas SMS sikit demi sikit . Kalau nak stop terus memang agak susah . Kalau kuat iman kuat hati boleh lah InsyaALLAH . Kurangkan segala aktiviti yang menghubungkan anda dengan si dia . Kalau boleh , selalu ingat kan diri yang anda dengan dia TAK LEBIH dari kawan biasa -.-‘ kalau boleh lagi , yakinkan diri yang dia dah ada pengganti anda . Dia dah tak sayangkan anda melainkan sebagai seorang kawan biasa . Begitu juga dengan anda !

*Semua ni untuk alih perhatian anda daripada terus memikirkan dia . Jangan risau , bak kata kawan saya “kalau hati dah sayang , sampai bila2 pun boleh tahan” . So , kalau betul hati dah sayang , mesti boleh tahan dengan ujian ni . It’s okay . Bila dah tiba masa yang sesuai , segala persiapan telah sempurna , dari segi AGAMA , TANGGUNGJAWAB , KEWANGAN dan lain2 yang berkaitan , InsyaALLAH jodoh tak ke mana lah . Tak gitu ? Ke guane ? -.-‘ Just sekarang cuba beri ruang dan masa untuk sama2 perbaiki diri .

















CINTA TAK SEMESTINYA BERCOUPLE BAGAI !

CINTA TAK SEMESTINYA berSMS SEPANJANG MASA !

CINTA TAK SEMESTINYA BERGAYUT TELEFON MEMANJANG !

CINTA TAK SEMESTINYA PERLU SERING BERSUA MUKA !

CINTA TAK SEMESTINYA PERLU DENGAN KATA-KATA PUITIS !

“Saying I LOVE You is not the words I want to hear from you”-MORE THAN WORDS(EXTREME)

Bak kata mereka ,

“BERCINTALAH SECARA HIGHCLASS” –Fatimah Syarha

“BERCINTALAH SECARA LUAR BIASA” –Hilal Asyraf

“SEKIRANYA BENAR CINTA , MESTI KITA MAHU BERSAMA HINGGA KE SYURGA . APA-APA YANG MEMBAWA KE NERAKA , ITU BUKAN CINTA NAMANYA” –Hilal Asyraf

*sungguh aku rindu*SABARLAH HATI*mencuba bertahan*