Monday, February 18, 2013

Kerana Sayang

Mak ayah mana yang tak sayang kan anak ?
Err okke . Mungkin ada . Tapi mungkin satu dalam seribu
Tu mak ayah yang takde akei (akal ) punya orang -.-'

Ketika mana si anak menyuarakan hasrat ingin bertunang
Atau bernikah pada usia yang muda , ataupun masih dibawah tanggungan mereka
Maka terjadi lah penentangan dari kedua-dua mereka -.-'
Lalu si anak merasakan ibu bapa nya itu tidak memahami perasaan mereka
Tidak memahami situasi mereka , jiwa remaja mereka

Maka , terjadi lah pula pemberontakkan dari si anak
Tidak bertegur sapa dengan mak ayah dalam jangka masa beberapa hari , minggu , bulan atau tahun ?!
Hmm . Ada pula yang lari rumah , merajuk membawa diri ?
Lagi ! Ada yang ambil jalan MUDAH bagi mereka , kahwin lari !
Tanpa memikirkan masalah yang mendatang dalam jangka masa yang panjang ?!

Ada apa dengan cinta ? *tbe -.-'
Okke kepada yang berkenaan , berbaloi ke awak berperangai sedemikian rupa ?
Memulaukan perasaan ibu bapa kerana kekasih hati yang konon nya cinta sejati tu ?
Fikirlah , awak kenal si dia tu dah berapa lama ?
Dengan mak ayah awak pulak berapa lama ?
Ace banding sikit . Buat ratio ke ? *semangat maths -.-'
Dari situ fikir2 lah mana yang sepatutnya lebih DI-SAYANGI ? lebih DI-PENTINGKAN ?
Seberapa penting hubungan awak dengan si dia tu kalau nak dibandingkan ibu bapa sendiri ?!

Okke . Disebabkan saya pun remaja seperti anda
Mungkin lah kot saya memahami perasaan , situasi anda
Mungkin ada yang akan keluarkan fakta ,

"BERKAHWIN AWAL ITU MENGELAKKAN MAKSIAT"
"BERKAHWIN AWAL ITU DI-SUKAI ALLAH DAN RASUL"












Okke saya pun tahu semua tu ! *ikutkan hati teringin jugak kahwin awal ni . err -.-'
 Begini lah . Jangan nak terus berfikiran negatif bagai
Cuba lihat pada sisi kebaikannya , kenapa mak ayah kita bantah keputusan kita tu MENTAH-2 ?!
Tanya pada diri sendiri , kenapa mak ayah bantah ? Mesti ada sebab yang munasabah kan ?
Haruslah . Tak kan saja-2 kot . Kenapa ? Takut "kehilangan" anak setelah dia bernikah ?
Erkkkk . Okke mungkin ada . Nak-2 lagi yang anak tunggal tu haa
Haih kalau gitu lah ropenyer ( rupanya ) , tak dapet ( dapat ) eden nak nolong . Ahaa

Biasanya ibu bapa yang menentang ni bukannya apa
Sebab terlalu sayangkan anak . Terlalu memikirkan anak . Terlalu risaukan anak
Apa yang mereka fikir kan ?
Perihal pelajaran  , mampu ke bahagikan masa antara pelajaran dan rumahtangga ?
Perihal kewangan , mampu ke menanggung perbelanjaan bila dah kahwin ?
Sedangkan si anak masih belajar , atau telah tamat namun masih tiada pekerjaan tetap
Gaji pun tak menentu , atau hanya cukup2 makan untuk diri sendiri !
Jadi , bagaimana nak menanggung anak bini ?
Memang betul lah , rezeki ALLAH tu ada di mana-2 asal kan usaha
Anak juga sering dianggap pembawa rezeki dari ALLAH

Tapi , kan lebih baik kalau kita ada perancangan yang rapi ?
Buat masa sekarang , tumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran
Buat yang masih belajar lah

Soal "KAHWIN AWAL MENGELAKKAN MAKSIAT" pulak ,
Kita yang kawal nafsu ! Jangan sampai nafsu yang mengawal diri !
Lupakan buat sementara waktu perihal buah hati awak tu
Capai kejayaan dalam pelajaran !
InsyaALLAH perihal mendapat pekerjaan yang elok juga dipermudahkan ALLAH ! AMIN

Then , buat perancangan awal menuju ke alam rumahtangga
Kukuhkan kewangan dulu ! Tidak dilupakan , AGAMA awak tu pun ! Terutamanya anda , kaum Adam !
Kerana anda yang akan menjadi nakhoda nya nanti !
Membawa anak2 dan isteri (2 ) *kalau lebih dari seorang -.-' menuju ke jalan redha-NYA
Menuntun mereka bersama2 ke syurga-NYA ! InsyaALLAH . AMIN


















Dan semua tu , perlukan masa yang lama untuk dicapai !
Bukan sehari dua , bukan sebulan dua , bukan setahun dua !
Jadi , bantahan ibu bapa awak tu , ada rasionalnya
Sementara menunggu detik yang dinanti-nanti tu mengunjung tiba ,
Ada baik nya awak fokuskan soal perancangannya dengan rapi dahulu
Bermula dari sekarang ! Then , bila dah sempurna segala persiapan ,
AGAMA , PELAJARAN , TANGGUNGJAWAB , KEWANGAN dan lain-2 ,
Masa tu boleh lah usulkan semula hasrat hati awak kepada kedua ibu bapa

Dan masa tu , dah takde sebab dah mereka nak membantah
Err suppose to be lah . Kalau mereka bantah jugak , err apa lagi yang tak kena ye ?
Ermm soal pangkat dan darjat mungkin . Ahaa . Tak tahu lah saya

*Eh , nak tambah sikit boleh ? Hah . Ada pulak anak-2 yang bagaikan lepas tangan bila dah bernikah . Terutamanya yang masih belajar ! Masih mengharapkan mak ayah yang menanggung hidup mereka ?! Alasan , masih belajar . Masih di bawah tanggungan ibu bapa mereka ?! Masih tidak mampu menanggung perbelanjaan hidup suami isteri dengan sendiri semasa belajar ?!

*Adeh , apa lah . Kalau ye pun mak ayah rela , sanggup , tapi sampai bila nak terus macam tu ? Hmm memanglah sanggup , mana tahan tengok hidup anak-2 terumbang-ambing macam tu je -.-‘ Basicly , bila dah bernikah , secara automatik nya mak ayah dah terlepas dari tanggungjawab menanggung segala perbelanjaan hidup anak2 kan ? Tak gitu ? Ke guane ? -.-‘ Segala perbelanjaan rumahtangga dah bertukar kepada si suami ! So ?! -.-‘

*Malu lah sikit . Dah bernikah tapi masih ditanggung ibu bapa . Apa guna tanggungjawab si suami sebagai ketua keluarga , pencari nafkah dari sumber yang HALAL ?!

*Apa2 pun keputusan awak , soal AGAMA perlu , WAJIB ! di-dahulukan . Got it ? Okke . Gud2 jeh ! Macam yang saya cakap , nak buat perkara HALAL , kenapa perlu melalui cara HARAM ? Cara halal kan ada . Memang perit , memang sukar . ( tidak bagi mereka yang memahami dan menyedari betapa indahnya hukum ISLAM ) . It’s okay . Moga kesabaran awak dibalas dengan redha-NYA . InsyaALLAH . AMIN :)

*sungguh aku rindu*SABARLAH HATI*mencuba terus bertahan*

No comments: