Maka , berakhirlah sudah sebuah tanda tanya , keraguan di
hati . Keputusan muktamad diberi oleh si ayah . Si ibu jua tidak berani untuk
mengingkari . Dibimbangi kesihatan si ayah terjejas dek kedegilan si anak
mereka ini . Lalu ku pujuk hati , ku redha kan diri untuk melepaskan segala
hasrat di hati .
Tawaran ke Jordan datang berkunjung melamar ku . Apakan daya
, ayah sangat menentang . Katanya , kekal sahaja di UIA ni . Kalau memang tak
boleh nak catch-up course yang saya ambil sekarang , boleh usaha untuk minta
tukar couse lain .
. . . . . perbualan bersama mak malam semalam ku matikan
dengan hati yang sangat marah lagi kecewa . Haih entah lah nak cakap macam mana
. Hati aku sakit , tersepit .
Deringan telefon pagi tadi sungguh sangat mengganggu tidurku
. Kedengaran suara si ibu di hujung talian . Tak banyak yang aku suarakan . Lebih
banyak berdiam diri . Mungkin itu lebih baik bagiku ketika itu . Mak ada
menanyakan , "Ana marah mak ke ?" okke . Sayu pula hati tersa . Hmm . Mak
menjelaskan situasi yang sebenar . Bukan mak sengaja menghalang ku daripada
menerima tawaran Jordan itu . Tapi semuanya kerana si ayah . Dibimbangi kesihatan
ayah terjejas . Ayah dah lama menghidap penyakit darah tinggi .
Kebetulan , jiran kami baru sahaja meninggal 2 hari yang
lalu setelah menderita sakit kencing manis . Salah seorang anaknya , doktor .
Lepasan Jordan . Bertahun lamanya dia menuntut ilmu . Nun jauh di sana , di
negara orang . Baru setahun lebih pulang ke tanah air . Keadaan ayahnya semakin
parah . Namun masih berdegil tidak mahu ke hospital untuk dirawat . Puas
dipujuk . Namun masih berdegil sehinggalah nafasnya yang terakhir . Niat baik
si anak dikatakan kurang ajar . Setelah ketiadaan si ayah , anaknya sungguh
sangat merasa terkilan . Mungkin ini yang dia rasakan .
"Saya anak yang tak
berguna . Saya seorang doktor . Akan tetapi , ayah saya sendiri saya tidak mampu
untuk merawatnya . Saya juga telah berlaku kurang ajar terhadap ayah saya .
Saya telah memaksanya untuk ke hospital . Saya tahu dia tak sukakan nya .
Tapi saya tetap memaksanya ."
Perasaan diri tidak berguna dan anak yang kurang ajar
mungkin akan menghantui dirinya .
Nauzubillah . Semoga dia dipelihara ALLAH . Tidak menyalahkan diri atas
kematian ayahnya . Semoga ALLAH memberi ketenangan di hati nya . Dan semoga ALLAH
mencucuri rahmat-NYA serta menempatkan arwah ke dalam golongan hamba2-NYA yang
beriman . AMIN
Dengan hati yang lemah , saya cuba kuat kan diri . Mungkin
inilah jawapan dari-NYA untuk pertanyaan saya . Saya mencuba untuk tetap redha
. Saya positifkan diri membenarkan kata2 mak . Jordan tu jauh . Nanti sakit
pening saya , mahupun kedua2 mereka , susah pulak nak melawat , merawat bagai .
Sebab JAUH ! Lagipun , kos sara hidup di sana bukan lah murah walaupun dengan adanya
pinjaman . Kami bukanlah dari keluarga yang senang . Hanya golongan pertengahan
. Lagipun saya sendiri sedar , bukan mudah untuk saya berjauhan dari keluarga . Alangkan kat Malaysia ni pun , paling kurang
sebulan sekali wajib nak balik rumah ! Setiap minggu kalau tak balik , mesti
ada je mimpi2 dari rumah yang datang berkunjung dalam lenaku -.-'
MAKA , terbinalah kata2 ini untuk merawat hati . Selagi mak
ayah masih hidup , USAHA-kan !
- utamakan mereka LEBIH daripada diri sendiri
- jaga hati mereka LEBIH daripada hati sendiri
- gembirakan mereka LEBIH daripada diri sendiri
Lagipun , saya dah pernah luka kan hati ayah sebulan yang
lalu . Walaupun pada saya , niat saya baik . Hanya ingin melihat beliau bangga
dengan anak bongsu nya ini . Pada saya , sepanjang saya hidup 18 tahun ni , tak
pernah ada satu pun perkara yang saya pernah lakukan , yang membanggakan kedua
ibubapa saya . Ketika saya membuat keputusan untuk repeat MUET saya , ramai
yang seperti menentang . Kata mereka untuk apa saya repeat ? Sedangkan result
saya telah dikira bagus .
Tapi hati saya kata , insyaALLAH saya mampu lakukan yang
lebih baik dari itu . Ayah sangat menentang keputusan saya . Katanya , apa yang
saya dapat tu dah cukup . Tak perlu repeat ! Tapi saya keraskan kepala -.-‘
DEGIL ! Saya teruskan niat di hati . Tiba hari peperiksaan . Speaking , reading
menampakkan permulaan yang agak baik . Tiba sahaja writing paper , tak
disangka-sangka tiba2 otak jadi BLANK ! Boleh dikatakan result saya kali ini
akan hancur -.-' syukurlah listening menenangkan hati . Hmm
Dari itu , saya berkata dalam hati . Kalau lah saya tak
degil , dengar kata mak ayah , tentu tak akan jadi begini . Mula timbul rasa
menyesal dalam hati . Maka saya membuat konklusi . Kalau buat sesuatu tanpa
redha ibu dan ayah , begitu lah akibat nya .
Hari ini , saya aplikasikan semula kata2 saya yang dulu .
Kalau memang ayah tak izinkan saya pergi , baiklah . Saya akur . Takkan ku
lakukan tanpa redha mereka . Pada mulanya memang saya marah lagi kecewa . Tapi
ku pujuk hati . Errr tapi kadang2 saya keliru dengan kemahuan ayah . Dulu
beliau yang beria mahu saya ke Jordan . Sejak saya form4 lagi ! Tak habis2
dengan Jordan . Saat saya dah diberi peluang itu , beliau jua yang kuat menentang . Tapi , biarlah . Dah ayah tak izin . Akur
kan sahaja .
Kepada anda teman , Faezatul Mursyida Binti Zolkifly ,
teruskan niat anda . Takpe . Pergi je dulu temuduga tu minggu depan . Dapat ke
tak biasiswa tu , kemudian fikir . Apa pun keputusan anda , biarlah didahulukan
istikharah dan musyawarah . Jordan tu bukan dekat2 tau ! Fikir betul2 . Kalau
memang hati dah nekad , kuatkan hati . Tak boleh cengeng2 duduk sana nanti !
* SAYA BUKAN LAH ANAK
YANG BAIK . TAPI SAYA MENCUBA MENJADI LEBIH BAIK *