Tuesday, July 9, 2013

Once he says YES , I'll say YES too

Tak terkata . Bagaikan seluruh anggota menggigil . Bahagia , sebak , gembira , terharu , takut , ragu , semuanya akan bercampur-baur saat diri dilamar menjadi yang halal bagi si teruna . I guess so . Ke guane ? Ahaa . Apa2 pun , ketahuilah anda wahai Adam . Hal ini tak semudah yang disangka


Once he says YES , then I’ll say YES too . Bermula saat itu , hidup saya akan berubah . Bermula saat itu , saya BAKAL ISTERI calon zauj saya . Banyak perkara yang perlu diperbaiki sepanjang menuju hari di mana saya menjadi halal baginya . Nak kena belajar memasak , menjahit , mengemas bagai *teringin nak jahit sendiri baju kahwin :') Belajar cara ikat tali leher . Ahaa . Paling penting , nak kena kumpul sebanyak mungkin bekalan ilmu AGAMA . Nanti dah berkeluarga , dah ada anak , kita ibubapa ni laa yang nak kena membentuk anak2 tuu dengan ilmu AGAMA tu jugak

Semakin hampir jarak kita menuju HARI ITU , semakin jauh jarak yang perlu kita renggangkan . Masing2 menjauh bukan kerana hilang rasa sayang , bahkan semakin jauh jarak kita , insyaALLAH rasa sayang semakin bertambah . Masing2 terlalu banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki . Maka gunakan laa masa yang ada sebaik mungkin . Kutip walau secebis ilmu AGAMA yang ada . Saya mahu menjadi zaujah yang terbaik baginya meskipun tak dapat menandingi hebatnya para Ummul Mukmin dan insyaALLAH dia akan menjadi zauj yang terbaik di mata saya . Kami ingin menjadi 'Qurratul Ain' antara satu sama lain :')

Tapi , sejauh mana kesungguhan dia untuk menjadikan saya halal baginya ? Sejauh mana keyakinan saya terhadap niatnya itu ? Dan sejauh mana kemungkinan 'permission' yang akan diberi oleh wali saya ? Ahaa . Semuanya bergantung kepada anda wahai bakal IMAM ku

Saya tidak menganggap anda serious selagi anda tak menyatakan hasrat anda itu kepada ibubapa anda mahupun ibubapa saya . Saya tidak menganggap anda serious selagi anda tidak melakukan solat Istikharah memohon petunjukNYA . Saya tidak menganggap anda serious selagi anda tidak bersedia dari segi AGAMA , PELAJARAN , TANGGUNGJAWAB , KEWANGAN dan lain-2

Saya sendiri pun masih mahu bersedia dari segi semua aspek tu . Saya mahu diberikan waktu . Bukan saya tak sudi , bukan saya menolak . Cuma ini bukan soal main2 . Saya kena menjadi SANGAT CEREWET dalam hal ni

Bagi wali saya pula , mana mungkin beliau akan menyerahkan anak gadisnya kepada sembarangan orang ? Beliau perlu kenal siapa anda . Beliau perlu tahu bagaimana peribadi , perlakuan anda . Beliau perlu tahu seluruh latar belakang anda sama ada keluarga mahupun diri anda sendiri . Beliau perlu diberi keyakinan bahawa beliau tidak akan salah menyerahkan anak gadisnya kepada orang yang tidak selayaknya . Apa2 pun , ketahuilah , AGAMA yang wali saya cari

Ini semua boleh jadi bukan suara hati saya seorang . Tapi inilah yang akan menjadi suara hati setiap Muslimat yang menanti bakal2 imam mereka , yang akan membimbing mereka ke 'Al-Jannatul Darus Salam' insyaALLAH . Maka saya ini adalah salah seorang daripada mereka :')


*Di saat anda menyatakan hasrat itu , sejak itu , hati ini tak pernah berhenti berdegup kencang*

2 comments:

Siti Safiyyah said...

jaga diri baik2 dik.. insya-Allah Allah akan hantar yang terbaik utk kamu :)

fara vava said...

insyaALLAH . Amin :')