Monday, February 18, 2013

Kerana Sayang

Mak ayah mana yang tak sayang kan anak ?
Err okke . Mungkin ada . Tapi mungkin satu dalam seribu
Tu mak ayah yang takde akei (akal ) punya orang -.-'

Ketika mana si anak menyuarakan hasrat ingin bertunang
Atau bernikah pada usia yang muda , ataupun masih dibawah tanggungan mereka
Maka terjadi lah penentangan dari kedua-dua mereka -.-'
Lalu si anak merasakan ibu bapa nya itu tidak memahami perasaan mereka
Tidak memahami situasi mereka , jiwa remaja mereka

Maka , terjadi lah pula pemberontakkan dari si anak
Tidak bertegur sapa dengan mak ayah dalam jangka masa beberapa hari , minggu , bulan atau tahun ?!
Hmm . Ada pula yang lari rumah , merajuk membawa diri ?
Lagi ! Ada yang ambil jalan MUDAH bagi mereka , kahwin lari !
Tanpa memikirkan masalah yang mendatang dalam jangka masa yang panjang ?!

Ada apa dengan cinta ? *tbe -.-'
Okke kepada yang berkenaan , berbaloi ke awak berperangai sedemikian rupa ?
Memulaukan perasaan ibu bapa kerana kekasih hati yang konon nya cinta sejati tu ?
Fikirlah , awak kenal si dia tu dah berapa lama ?
Dengan mak ayah awak pulak berapa lama ?
Ace banding sikit . Buat ratio ke ? *semangat maths -.-'
Dari situ fikir2 lah mana yang sepatutnya lebih DI-SAYANGI ? lebih DI-PENTINGKAN ?
Seberapa penting hubungan awak dengan si dia tu kalau nak dibandingkan ibu bapa sendiri ?!

Okke . Disebabkan saya pun remaja seperti anda
Mungkin lah kot saya memahami perasaan , situasi anda
Mungkin ada yang akan keluarkan fakta ,

"BERKAHWIN AWAL ITU MENGELAKKAN MAKSIAT"
"BERKAHWIN AWAL ITU DI-SUKAI ALLAH DAN RASUL"












Okke saya pun tahu semua tu ! *ikutkan hati teringin jugak kahwin awal ni . err -.-'
 Begini lah . Jangan nak terus berfikiran negatif bagai
Cuba lihat pada sisi kebaikannya , kenapa mak ayah kita bantah keputusan kita tu MENTAH-2 ?!
Tanya pada diri sendiri , kenapa mak ayah bantah ? Mesti ada sebab yang munasabah kan ?
Haruslah . Tak kan saja-2 kot . Kenapa ? Takut "kehilangan" anak setelah dia bernikah ?
Erkkkk . Okke mungkin ada . Nak-2 lagi yang anak tunggal tu haa
Haih kalau gitu lah ropenyer ( rupanya ) , tak dapet ( dapat ) eden nak nolong . Ahaa

Biasanya ibu bapa yang menentang ni bukannya apa
Sebab terlalu sayangkan anak . Terlalu memikirkan anak . Terlalu risaukan anak
Apa yang mereka fikir kan ?
Perihal pelajaran  , mampu ke bahagikan masa antara pelajaran dan rumahtangga ?
Perihal kewangan , mampu ke menanggung perbelanjaan bila dah kahwin ?
Sedangkan si anak masih belajar , atau telah tamat namun masih tiada pekerjaan tetap
Gaji pun tak menentu , atau hanya cukup2 makan untuk diri sendiri !
Jadi , bagaimana nak menanggung anak bini ?
Memang betul lah , rezeki ALLAH tu ada di mana-2 asal kan usaha
Anak juga sering dianggap pembawa rezeki dari ALLAH

Tapi , kan lebih baik kalau kita ada perancangan yang rapi ?
Buat masa sekarang , tumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran
Buat yang masih belajar lah

Soal "KAHWIN AWAL MENGELAKKAN MAKSIAT" pulak ,
Kita yang kawal nafsu ! Jangan sampai nafsu yang mengawal diri !
Lupakan buat sementara waktu perihal buah hati awak tu
Capai kejayaan dalam pelajaran !
InsyaALLAH perihal mendapat pekerjaan yang elok juga dipermudahkan ALLAH ! AMIN

Then , buat perancangan awal menuju ke alam rumahtangga
Kukuhkan kewangan dulu ! Tidak dilupakan , AGAMA awak tu pun ! Terutamanya anda , kaum Adam !
Kerana anda yang akan menjadi nakhoda nya nanti !
Membawa anak2 dan isteri (2 ) *kalau lebih dari seorang -.-' menuju ke jalan redha-NYA
Menuntun mereka bersama2 ke syurga-NYA ! InsyaALLAH . AMIN


















Dan semua tu , perlukan masa yang lama untuk dicapai !
Bukan sehari dua , bukan sebulan dua , bukan setahun dua !
Jadi , bantahan ibu bapa awak tu , ada rasionalnya
Sementara menunggu detik yang dinanti-nanti tu mengunjung tiba ,
Ada baik nya awak fokuskan soal perancangannya dengan rapi dahulu
Bermula dari sekarang ! Then , bila dah sempurna segala persiapan ,
AGAMA , PELAJARAN , TANGGUNGJAWAB , KEWANGAN dan lain-2 ,
Masa tu boleh lah usulkan semula hasrat hati awak kepada kedua ibu bapa

Dan masa tu , dah takde sebab dah mereka nak membantah
Err suppose to be lah . Kalau mereka bantah jugak , err apa lagi yang tak kena ye ?
Ermm soal pangkat dan darjat mungkin . Ahaa . Tak tahu lah saya

*Eh , nak tambah sikit boleh ? Hah . Ada pulak anak-2 yang bagaikan lepas tangan bila dah bernikah . Terutamanya yang masih belajar ! Masih mengharapkan mak ayah yang menanggung hidup mereka ?! Alasan , masih belajar . Masih di bawah tanggungan ibu bapa mereka ?! Masih tidak mampu menanggung perbelanjaan hidup suami isteri dengan sendiri semasa belajar ?!

*Adeh , apa lah . Kalau ye pun mak ayah rela , sanggup , tapi sampai bila nak terus macam tu ? Hmm memanglah sanggup , mana tahan tengok hidup anak-2 terumbang-ambing macam tu je -.-‘ Basicly , bila dah bernikah , secara automatik nya mak ayah dah terlepas dari tanggungjawab menanggung segala perbelanjaan hidup anak2 kan ? Tak gitu ? Ke guane ? -.-‘ Segala perbelanjaan rumahtangga dah bertukar kepada si suami ! So ?! -.-‘

*Malu lah sikit . Dah bernikah tapi masih ditanggung ibu bapa . Apa guna tanggungjawab si suami sebagai ketua keluarga , pencari nafkah dari sumber yang HALAL ?!

*Apa2 pun keputusan awak , soal AGAMA perlu , WAJIB ! di-dahulukan . Got it ? Okke . Gud2 jeh ! Macam yang saya cakap , nak buat perkara HALAL , kenapa perlu melalui cara HARAM ? Cara halal kan ada . Memang perit , memang sukar . ( tidak bagi mereka yang memahami dan menyedari betapa indahnya hukum ISLAM ) . It’s okay . Moga kesabaran awak dibalas dengan redha-NYA . InsyaALLAH . AMIN :)

*sungguh aku rindu*SABARLAH HATI*mencuba terus bertahan*

Saturday, February 16, 2013

Kerana CINTA


Berhenti sejenak , berfikir untuk seketika
Pandang ke arah pilihan hati anda
Apa yang anda lihat ? Apa yang anda temui ?
Apa yang meyakinkan anda dialah pilihan anda ?
Tanyakan pada diri , apakah wajar dia sebagai pilihan hati anda ?
Kerana paras rupanya kah ?
Kerana susuk tubuhnya kah ?
Kerana sifat romantik atau manjanya kah ?
Kerana ayu , sopan , santun nya kah ?
Kerana suara indah nya kah ?
Atau kerana AGAMA yang ada padanya kah ?

Jika AGAMA yang anda lihat ,
AGAMA yang anda cari ,
AGAMA yang anda temui ,
Maka ALHAMDULILLAH , teruskan lah dengan pilihan anda
Jika tidak , tinggalkan lah dia
Kerana tiada apa yang lebih kekal , yang menuntunmu ke jalan redhaNYA
Yang membimbingmu ke taman syurgaNYA
Melainkan AGAMA-NYA yang satu













Jika anda seorang lelaki ,
Mungkin boleh dipertimbangkan jika anda enggan meninggalkan si dia
Dengan SYARAT ! Tanyakan pada diri sendiri terlebih dahulu
Sudah kukuh kah iman di hati ?
Sudah sempurna kah segala ibadah sehari-hari ?
Sudah layak kah diri untuk membimbing si bakal isteri ?
Sudah bersiap sedia kah segala ilmu agama dengan rapi ?
Jika semua jawapan bagi segala persoalan di atas adalah “YA” ,
Then only you can proceed niat di hati
Tapi ! Segala batas pergaulan dalam ISLAM wajib ! Sentiasa di-ikuti !

Ini tidak ! solat 5 waktu sehari semalam pun belum sempurna
Rasa hati rajin , ditunaikan , rasa hati malas , ditinggalkan
Jika solat pula , di hujung-hujung waktu
Jika ditanya persoalan hukum hakam syarak ,
Lebih banyak yang di-diamkan , daripada yang dijawab dengan yakin beserta dalil
Begitu kah anda ingin memimpin keluarga ?
Begitu kah anda ingin mengimamkan keluarga ?
Dibimbangi kekuatan ummah semakin rapuh dek kelekaan anda wahai kaum adam !

Jika anda seorang wanita ,
Enggan meninggalkan si buah hati yang diimpikan menjadi suami ,
Yang membimbingmu nanti , tanpa agamanya yang rapi ,
Anda sememangnya merisikokan diri !

Hendak diluah mati emak , hendak ditelan mati bapak
Apa kan daya , hati telah terlanjur mencintai
Mungkin benar perit rasanya ingin meninggalkan si “hati manis”
Maka , mungkin ini yang boleh anda lakukan wahai si gadis manis
Bak kata Loreal , kerna dirimu begitu berharga , maka jangan menjadi terlalu murah
Setiap yang membawa kita lebih dekat denganNYA ,
Sememangnya perlu dilalui jalan-jalan yang berduri lagi menyakiti
Hanya kepada Tuhan kita berserah diri , moga kesabaran diganti pahala ILAHI

Jika terlalu takut untuk melepaskan dia pergi ,
Berikan sedikit ruang dan waktu untuk masing-masing memperbaiki diri
Kurangkan sedikit demi sedikit aktiviti-aktiviti yang kelak memakan diri
Jika perlu , berpura-pura meyakinkan diri yang dia sudah ada pengganti
Sedikit sebanyak ia membantu merawat luka rindu di hati

*Haih susah betul nak bermadah-madah ni . Macam ni lah , nak buat perkara yang halal kenapa perlu melalui cara yang haram ? Cara halal kan ada . Memang perit . Memang rindu . It’s okay . Moga kesabaran dalam menuju jalan ILAHI diganti dengan BARAKAH-NYA di alam rumahtangga yang dibina nanti . InsyaALLAH . AMIN !

*Kurangkan berbalas-balas SMS sikit demi sikit . Kalau nak stop terus memang agak susah . Kalau kuat iman kuat hati boleh lah InsyaALLAH . Kurangkan segala aktiviti yang menghubungkan anda dengan si dia . Kalau boleh , selalu ingat kan diri yang anda dengan dia TAK LEBIH dari kawan biasa -.-‘ kalau boleh lagi , yakinkan diri yang dia dah ada pengganti anda . Dia dah tak sayangkan anda melainkan sebagai seorang kawan biasa . Begitu juga dengan anda !

*Semua ni untuk alih perhatian anda daripada terus memikirkan dia . Jangan risau , bak kata kawan saya “kalau hati dah sayang , sampai bila2 pun boleh tahan” . So , kalau betul hati dah sayang , mesti boleh tahan dengan ujian ni . It’s okay . Bila dah tiba masa yang sesuai , segala persiapan telah sempurna , dari segi AGAMA , TANGGUNGJAWAB , KEWANGAN dan lain2 yang berkaitan , InsyaALLAH jodoh tak ke mana lah . Tak gitu ? Ke guane ? -.-‘ Just sekarang cuba beri ruang dan masa untuk sama2 perbaiki diri .

















CINTA TAK SEMESTINYA BERCOUPLE BAGAI !

CINTA TAK SEMESTINYA berSMS SEPANJANG MASA !

CINTA TAK SEMESTINYA BERGAYUT TELEFON MEMANJANG !

CINTA TAK SEMESTINYA PERLU SERING BERSUA MUKA !

CINTA TAK SEMESTINYA PERLU DENGAN KATA-KATA PUITIS !

“Saying I LOVE You is not the words I want to hear from you”-MORE THAN WORDS(EXTREME)

Bak kata mereka ,

“BERCINTALAH SECARA HIGHCLASS” –Fatimah Syarha

“BERCINTALAH SECARA LUAR BIASA” –Hilal Asyraf

“SEKIRANYA BENAR CINTA , MESTI KITA MAHU BERSAMA HINGGA KE SYURGA . APA-APA YANG MEMBAWA KE NERAKA , ITU BUKAN CINTA NAMANYA” –Hilal Asyraf

*sungguh aku rindu*SABARLAH HATI*mencuba bertahan*

Friday, September 14, 2012

say alhamdulillah

"amacam exam tadi ?" satu suara menyapa ku ramah
dengan muka yang jelas terpancar sinar kehampaan -.-'
aku menjawab dengan malas "hmm ntah . boleh laa kot"
lalu dia membalas "cakap lah ALHAMDULILLAH"

aku yang kekecewaan , lantas tersedar
dan bangkit dari kepiluan dan kehampaan
SUBHANALLAH . betapa berdosa nya aku terhadap-Mu Ya ALLAH
aku alpa akan nikmat-Mu . SUBHANALLAH
ampunkan aku Ya ALLAH

" Dalam Susah dan Senang , Tetap lah Mengucapkan ALHAMDULILLAH "

It's weird ! kenapa manusia mudah sangat kecewa
or putus asa bila mereka2 ni tak dapat sesuatu yang dihajatkan ?
then , mula lah menangisi meratapi nasib diri -.-'

lagi teruk , sampai ada yang nak bunuh diri bagai !
kecewa je , bunuh diri . diuji ALLAH sikit bunuh diri
nyawa manusia akhir zaman ni macam apa je . dah takde nilai !
tahu tak bunuh diri tu HARAM ?
pintu NERAKA terbuka luas untuk anda :)


memang sifat manusia kan ?
bila nak sesuatu tu , punya lah bersungguh berdoa minta dengan ALLAH bagai
bila dah dapat , mula lupa diri
sombong , riak , takbur , bongkak , ujub ! semua2 lah haa
lupa nak berterima kasih kepada ALLAH

then , bila nikmat tu ditarik sikit
mula lah nak menyalahkan takdir bagai
marah2 mengamuk tak tentu hala . nak marah kan siapa sebenarnya ?
siapa yang pinjam kan kita nikmat then tarik semula semua tu ?
ALLAH . then ? nak marah salahkan ALLAH ke ? -.-'

firman ALLAH : "Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan
jika ditimpa musibah , mereka berputus asa dan hilang harapan nya"
( fussilat : 49 )

cuba lah belajar bersabar . HUSNUZON ! oyeah !
setiap yang berlaku mesti ada hikmah kan ?
kalau tak dapat jawab dengan baik exam yang sekarang
maybe ALLAH nak bagi yang lebih baik untuk exam2 mendatang
apa yang penting ? kerjasama ! tiba -.-'

ish . usaha + doa + tawakal lah . haa
gagal sekali , doesn't mean end of the world -.-'
bak kata kawan saya , Fitratallah ,
THE END HAS NO ENDS ! ohoo tak faham maksud dia ?
okay buat2 faham2 jelah -.-'

firman ALLAH : "Ibrahim berkata : "Tidak ada yang berputus asa
daripada rahmat Tuhan nya kecuali orang2 yang sesat "
( Al-Hijr : 56 )

it's okay kalau kita dah berusaha sehabis mungkin
tapi still tak dapat result yang GEMPAK
ALLAH nak uji tahap keimanan dan kesabaran kita


so , BERSABARLAH ANDA DALAM BERSABAR :)