Sunday, September 1, 2013

Teman Pengganti

Heyyo ! Salam . Erm anda tahu kan cita2 saya dari kecil memang nak sangat jadi surgeon ? -.-' oke anda tak tahu . Just ignore . Tapi apa kan daya , nampak gaya nya cita2 saya yang dah 14 tahun tu takkan tercapai . Masih mencuba untuk tetap redha . Dan kalau ditanya negara mana yang menjadi pilihan untuk menyambung pelajaran , Jordan lah . Ahaa tak tahu lah mengapa . Dari form4 lagi . Tapi kalau negara untuk melancong , Jepun . Tu pun tak diketahui mengapa Jepun menjadi pilihan . Ahaa

Okke masuk point -.-' walaupun saya tak dapat jadi surgeon , saya belum dapat ke Jordan lagi , tapi اﻠﺤﻤد ﻠﻠﻪ , ﺇﻨﺸﺃ ﷲ kedua-dua nya bakal disempurnakan oleh 2 orang kawan rapat saya :') kami kawan dari sekolah rendah kot . Zue dengan saya sama kelas dari darjah2 sampai form5 . Tak pernah terpisah . Faez pulak ada yang sama kelas , ada yang tak . Tapi still dalam sekolah yang sama . Sampai form6 dengan Faez . InsyaALLAH Zue akan melanjutkan pelajaran dalam course medic di UCSI ? Errr saya tak pernah dengar UCSI tu sebelum ni . Kat Cheras , Kuala Lumpur . Ada siapa2 pernah dengar tak ? Ermm . Awal bulan September ni sesi pembelajaran akan bermula insyaALLAH . Zue ada cerita pasal interview dia dengan UCSI tu . Tapiiii saya ni faham , tak faham je . Ahaa jadi nya , kalau nak tahu apa2 , tanya lah tuan empunya badan sendiri oke ?


Faez pulak . Erm sebelum ni saya pernah buat entry pasal dia dan Jordan ni . Kat sini  . Hmm dua tahun di Malaysia dan 4 tahun kemudian nya di Jordan . InsyaALLAH lah , kalau tak ada apa2 halangan . Kawan ! Kat sana nanti tak payah nak merengek nak balik bagai lah ye . Hempuk kang . Bukan dekat2 Jordan tu -.-' Aok dah pilih nak tetap kat aliran tu , kena terima lah susah senang nya

Hmm masih mencuba untuk tetap redha . Lain orang , lain cara ujian yang diberikan . Lain kelebihan dan kekurangan yang dikurniakan . Lain juga rezeki yang dilimpahkan . Semuanya berbalik kepada kuasaNYA . Sekuat mana pun usaha kita untuk mencapai apa yang dihajati , tapi tanpa keizinanNYA , maka hasil yang kita dapat tidak lah seperti apa yang diharapakan . ﺇن ﷲ ﻋﻠﻰ ﻜﻝ ﺸﺊ ﻗﺩﻴﺭ NOTED ! :')

It's okke . Saya tak ada rezeki untuk menjadi 'surgeon' seperti mana yang dalam pemahaman anda semua . Tapi insyaALLAH saya masih boleh menjadi 'surgeon' dengan cara saya . Macam mana ? Ahaa ada lah . Saya BELUM dapat melanjutkan pelajaran ke Jordan . Kenapa 'BELUM dapat' ? Kenapa bukan 'TAK dapat' ? Sebabbb insyaALLAH saya akan melanjutkan juga pelajaran saya ke sana bersama SUAMI tercinta nanti . Mungkin masa tu tak ada halangan daripada ayah lagi . Sebab dah ada SUAMI yang akan menjaga melindungi saya di sana nanti . Ahaa insyaALLAH jika di-izinkanNYA

Satu sahaja yang dah lama saya nak minta dari SEMUA orang . Tolong lah jangan bandingkan saya dengan kawan2 saya . Nak nak lagi yang 2 orang ni . Tak kira lah dari segi apa pun . Tolonglah jangan dibandingkan . Saya akan SANGAT terasa , merasa dan berasa . Terima kasih atas kerjasama anda . Ahaa :')

Cukup lah saya lega cita2 saya bakal disempurnakan oleh 2 orang hamba ALLAH ini . Syukur sangat . Tumpang gembira untuk mereka . Walaupun saya masih dalam proses mencuba untuk tetap redha . Tapi insyaALLAH doa seorang teman akan sentiasa mengiringi kalian . InsyaALLAH . Amin

*Masih setia menanti keputusan rayuan UPU*

Tuesday, July 9, 2013

Once he says YES , I'll say YES too

Tak terkata . Bagaikan seluruh anggota menggigil . Bahagia , sebak , gembira , terharu , takut , ragu , semuanya akan bercampur-baur saat diri dilamar menjadi yang halal bagi si teruna . I guess so . Ke guane ? Ahaa . Apa2 pun , ketahuilah anda wahai Adam . Hal ini tak semudah yang disangka


Once he says YES , then I’ll say YES too . Bermula saat itu , hidup saya akan berubah . Bermula saat itu , saya BAKAL ISTERI calon zauj saya . Banyak perkara yang perlu diperbaiki sepanjang menuju hari di mana saya menjadi halal baginya . Nak kena belajar memasak , menjahit , mengemas bagai *teringin nak jahit sendiri baju kahwin :') Belajar cara ikat tali leher . Ahaa . Paling penting , nak kena kumpul sebanyak mungkin bekalan ilmu AGAMA . Nanti dah berkeluarga , dah ada anak , kita ibubapa ni laa yang nak kena membentuk anak2 tuu dengan ilmu AGAMA tu jugak

Semakin hampir jarak kita menuju HARI ITU , semakin jauh jarak yang perlu kita renggangkan . Masing2 menjauh bukan kerana hilang rasa sayang , bahkan semakin jauh jarak kita , insyaALLAH rasa sayang semakin bertambah . Masing2 terlalu banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki . Maka gunakan laa masa yang ada sebaik mungkin . Kutip walau secebis ilmu AGAMA yang ada . Saya mahu menjadi zaujah yang terbaik baginya meskipun tak dapat menandingi hebatnya para Ummul Mukmin dan insyaALLAH dia akan menjadi zauj yang terbaik di mata saya . Kami ingin menjadi 'Qurratul Ain' antara satu sama lain :')

Tapi , sejauh mana kesungguhan dia untuk menjadikan saya halal baginya ? Sejauh mana keyakinan saya terhadap niatnya itu ? Dan sejauh mana kemungkinan 'permission' yang akan diberi oleh wali saya ? Ahaa . Semuanya bergantung kepada anda wahai bakal IMAM ku

Saya tidak menganggap anda serious selagi anda tak menyatakan hasrat anda itu kepada ibubapa anda mahupun ibubapa saya . Saya tidak menganggap anda serious selagi anda tidak melakukan solat Istikharah memohon petunjukNYA . Saya tidak menganggap anda serious selagi anda tidak bersedia dari segi AGAMA , PELAJARAN , TANGGUNGJAWAB , KEWANGAN dan lain-2

Saya sendiri pun masih mahu bersedia dari segi semua aspek tu . Saya mahu diberikan waktu . Bukan saya tak sudi , bukan saya menolak . Cuma ini bukan soal main2 . Saya kena menjadi SANGAT CEREWET dalam hal ni

Bagi wali saya pula , mana mungkin beliau akan menyerahkan anak gadisnya kepada sembarangan orang ? Beliau perlu kenal siapa anda . Beliau perlu tahu bagaimana peribadi , perlakuan anda . Beliau perlu tahu seluruh latar belakang anda sama ada keluarga mahupun diri anda sendiri . Beliau perlu diberi keyakinan bahawa beliau tidak akan salah menyerahkan anak gadisnya kepada orang yang tidak selayaknya . Apa2 pun , ketahuilah , AGAMA yang wali saya cari

Ini semua boleh jadi bukan suara hati saya seorang . Tapi inilah yang akan menjadi suara hati setiap Muslimat yang menanti bakal2 imam mereka , yang akan membimbing mereka ke 'Al-Jannatul Darus Salam' insyaALLAH . Maka saya ini adalah salah seorang daripada mereka :')


*Di saat anda menyatakan hasrat itu , sejak itu , hati ini tak pernah berhenti berdegup kencang*

Hajat Tertunai :')

Ini bukan permintaan , paksaan atau apa . Ini sekadar HAJAT semata-mata -.-' yelah tak paksa pun anda semua untuk join 'mini picnic' ni . *cehh picnic lah SANGAT ~  Tapi sangat berharap anda SEMUA dapat join . Ahaa . Tapi nak buat macam mana , Nash tak dapat balik . Nun jauh di Shah Alam tu haa . Dayah and Una pulak balik kampung . Ewa pulak kena jaga adik kat rumah . Zawin pulak kerja pagi . Kalau petang boleh laa dia  join . It's okke . Anda tetap sentiasa dalam ingatan kami :')


Pagi  6 Julai 2013 , mendung je . Gaya nya macam nak hujan . Tapi tak hujan2 -.-' Janji dengan Ain pukul 8 dah bersiap-siap bagai . Tapi pagi tuu pukul 8 lah baru nak bangun tidur nya -.-' Pagi tu jugak lah baru nak kemas2 barang bagai . Akibatnya , macam2 yang takde masa dah sampai destinasi

Air paip untuk masak takde . Air minum takde . Ais takde . Dah singgah 7e beli semua tu . Straight to the beach . Pheww . Nak hidupkan api semua tak reti . Encik Amalina lah penyelamat . Ahaa . Api dah hidup , dah sedia nak masak bagai . Tettttt ~ mana perencah untuk steamboat nyaaa ?? Alahai tertinggal dalam peti kat rumah -.-'

Nak pergi beli perencah tu jeee . Tapi yang membeli nya sampai 5 orang . Paleh amat aok me nii . Ahaa . Yang tinggal nya , Encik Vava , Ain , Syakirah , EcahRahman and Encik photographer ( cousin Ain ) . Punya laa lama menunggu dorang membeli belah -.-' sempat lah kami ni makan dulu . Ahaa . Kita bako jeee 


 *ouh PERHATIAN . Kami geng2 tak pandai memasak ? Watch your words ! Ini namanya kemahiran hidup . Dah takde bahan nak buat steamboat , cari alternatif lain untuk masak oke ? :')

Nak dekat setengah jam rasanya menunggu . Yedok ? Ahaa tataw . Tak ingat -.-' ini lawak . Nak masak macam mana kalau api takde ? Gas lighter pulak habis . Masa tu jugak lah dia nak habis nya . Ahaa semua macam dah fedup je gayanya . Ain yang kemalasan jugak jadi mangsa kena pergi beli kan Ain ? Ahaa sabo jelah



Okke mula masak . Lebih ramai yang jadi tukang tengok daripada tukang masak nya -.-' Faez tu pulak TUKANG POSING aje kerjanya . Orang nak snap gambar , dan dan je nak pegang senduk tuu . Ahaa . Di mana ada kamera , di situ ada Faez :p tetttt ~ perasan periuk tak panas langsung ! Ahaa gas dapur tu pulak habis . Nasib Umi memang dah bawak spare . Okke semua tak reti nak tukar gas , hidupkan api tuuu . Encik Amalina lah pakarnya :')

Alhamdulillah semuanya baik2 SAHAJA . Steamboat siap sedia untuk dimakan ! Oyeah lapar gila dah perut setelah berbagai ujian dan dugaan yang harus ditempuhi . Ahaa . Sedap ke tidak ? Wajib lah sedap ! Ahaa perut ni kalau dah lapar , makan apa pun semuanya sedap . Tapi lagi sedap sebab Encik Vava yang masak . Ahaaa . Cisss angkat bakul sendiri -.-'


Tuan punya HAJAT – Encik Vava
Drivers – Umi , Ain
Tukang potong sayur – EcahRahman , Syakirah , Maizan
Tukang hidupkan api – Amalina
Tukang masak – Encik Vava
Pembantu tukang masak – EcahRahman , Syakirah , Faez , Fatimah
Tukang POSING – Faezatul Mursyida
Encik photographer – cousin Ain , Fatin
Tukang makan – SEMUA !
Tukang bakar – SEMUA !

Bebola2 yang tak habis tuu , kami bakar jeeee . Lagipun kuah steamboat dah habis . Perancah pun dah habis . Kalau tak boleh je masak yang lain . Alah bakar pon sodapp . Cicah dengan sos yang akak Maizan beli kan ? Ahaa . Tapi kali ni , siapa nak makan , bakar sendiri ye . Jadi semua lah membakar . Cop ! Siapa yang bakar bebola tu sampai garfu saya pun awak bakar hah ? Sila tampil menyerah diri . Ahaa FAIL nak buat menantu :p

Biar betapa banyak hal yang mengganggu kelancaran hari itu , Alhamdulillah hati bahagia bersama mereka . Puas ! Hajat tertunai . Ahaa dah lama kot saya menyuarakan hajat ni kat Umi . Kan Umi kan ? Ahaa terima kasih kepada semua kerana merealisasi kan hajat saya niiiii . Weeee seronok ! :')


Ouh agak istimewa . Kat Ihsan dulu , kita tak pernah bertegur *yang tak sama kelas masa kat Ihsan laaa  Hanya senyuman yang mampu diukir setiap kali bertemu . Aceyyy saya senyum ke ? Senyum lah ! Tapi ramai kata saya susah nak senyum . Yedok ? -.-' Okke asif jiddan ! Semuanya bermula di Kuliah . Semuanya bermula kerana STAM . Study , stay-up bagai bersama . Alhamdulillah berjaya pun bersama

*Ukhuwah Fillah . Semoga ALLAH sentiasa menjaga ukhuwah ini sehingga ke akhir hayat dikandung badan*