Tak terkata . Bagaikan seluruh anggota menggigil . Bahagia ,
sebak , gembira , terharu , takut , ragu , semuanya akan bercampur-baur saat
diri dilamar menjadi yang halal bagi si teruna . I guess so . Ke guane ? Ahaa .
Apa2 pun , ketahuilah anda wahai Adam . Hal ini tak semudah yang disangka
Once he says YES , then I’ll say YES too . Bermula saat itu
, hidup saya akan berubah . Bermula saat itu , saya BAKAL ISTERI calon zauj
saya . Banyak perkara yang perlu diperbaiki sepanjang menuju hari di mana saya menjadi
halal baginya . Nak kena belajar memasak , menjahit , mengemas bagai *teringin
nak jahit sendiri baju kahwin :') Belajar cara ikat tali leher . Ahaa . Paling
penting , nak kena kumpul sebanyak mungkin bekalan ilmu AGAMA . Nanti dah
berkeluarga , dah ada anak , kita ibubapa ni laa yang nak kena membentuk anak2 tuu
dengan ilmu AGAMA tu jugak
Semakin hampir jarak kita menuju HARI ITU , semakin jauh
jarak yang perlu kita renggangkan . Masing2 menjauh bukan kerana hilang rasa
sayang , bahkan semakin jauh jarak kita , insyaALLAH rasa sayang semakin
bertambah . Masing2 terlalu banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki . Maka
gunakan laa masa yang ada sebaik mungkin . Kutip walau secebis ilmu AGAMA yang
ada . Saya mahu menjadi zaujah yang terbaik baginya meskipun tak dapat
menandingi hebatnya para Ummul Mukmin dan insyaALLAH dia akan menjadi zauj yang
terbaik di mata saya . Kami ingin menjadi 'Qurratul Ain' antara satu sama lain :')
Tapi , sejauh mana kesungguhan dia untuk menjadikan saya
halal baginya ? Sejauh mana keyakinan saya terhadap niatnya itu ? Dan sejauh
mana kemungkinan 'permission' yang akan diberi oleh wali saya ? Ahaa . Semuanya
bergantung kepada anda wahai bakal IMAM ku
Saya tidak menganggap anda serious selagi anda tak
menyatakan hasrat anda itu kepada ibubapa anda mahupun ibubapa saya . Saya
tidak menganggap anda serious selagi anda tidak melakukan solat Istikharah
memohon petunjukNYA . Saya tidak menganggap anda serious selagi anda tidak
bersedia dari segi AGAMA , PELAJARAN , TANGGUNGJAWAB , KEWANGAN dan lain-2
Saya sendiri pun masih mahu bersedia dari segi semua aspek
tu . Saya mahu diberikan waktu . Bukan saya tak sudi , bukan saya menolak .
Cuma ini bukan soal main2 . Saya kena menjadi SANGAT CEREWET dalam hal ni
Bagi wali saya pula , mana mungkin beliau akan menyerahkan
anak gadisnya kepada sembarangan orang ? Beliau perlu kenal siapa anda . Beliau
perlu tahu bagaimana peribadi , perlakuan anda . Beliau perlu tahu seluruh
latar belakang anda sama ada keluarga mahupun diri anda sendiri . Beliau perlu
diberi keyakinan bahawa beliau tidak akan salah menyerahkan anak gadisnya
kepada orang yang tidak selayaknya . Apa2 pun , ketahuilah , AGAMA yang wali
saya cari
Ini semua boleh jadi bukan suara hati saya seorang . Tapi
inilah yang akan menjadi suara hati setiap Muslimat yang menanti bakal2 imam
mereka , yang akan membimbing mereka ke 'Al-Jannatul Darus Salam' insyaALLAH .
Maka saya ini adalah salah seorang daripada mereka :')
*Di saat anda
menyatakan hasrat itu , sejak itu , hati ini tak pernah berhenti berdegup
kencang*
2 comments:
jaga diri baik2 dik.. insya-Allah Allah akan hantar yang terbaik utk kamu :)
insyaALLAH . Amin :')
Post a Comment