Berhenti sejenak , berfikir untuk seketika
Pandang ke arah pilihan hati anda
Apa yang anda lihat ? Apa yang anda temui ?
Apa yang meyakinkan anda dialah pilihan anda ?
Tanyakan pada diri , apakah wajar dia sebagai pilihan hati anda ?
Kerana paras rupanya kah ?
Kerana susuk tubuhnya kah ?
Kerana sifat romantik atau manjanya kah ?
Kerana ayu , sopan , santun nya kah ?
Kerana suara indah nya kah ?
Atau kerana AGAMA yang ada padanya kah ?
Jika AGAMA yang anda lihat ,
AGAMA yang anda cari ,
AGAMA yang anda temui ,
Maka ALHAMDULILLAH , teruskan lah dengan pilihan anda
Jika tidak , tinggalkan lah dia
Kerana tiada apa yang lebih kekal , yang menuntunmu ke jalan redhaNYA
Yang membimbingmu ke taman syurgaNYA
Melainkan AGAMA-NYA yang satu
Mungkin boleh dipertimbangkan jika anda enggan meninggalkan si dia
Dengan SYARAT ! Tanyakan pada diri sendiri terlebih dahulu
Sudah kukuh kah iman di hati ?
Sudah sempurna kah segala ibadah sehari-hari ?
Sudah layak kah diri untuk membimbing si bakal isteri ?
Sudah bersiap sedia kah segala ilmu agama dengan rapi ?
Jika semua jawapan bagi segala persoalan di atas adalah “YA” ,
Then only you can proceed niat di hati
Tapi ! Segala batas pergaulan dalam ISLAM wajib ! Sentiasa di-ikuti !
Ini tidak ! solat 5 waktu sehari semalam pun belum sempurna
Rasa hati rajin , ditunaikan , rasa hati malas , ditinggalkan
Jika solat pula , di hujung-hujung waktu
Jika ditanya persoalan hukum hakam syarak ,
Lebih banyak yang di-diamkan , daripada yang dijawab dengan yakin beserta
dalil
Begitu kah anda ingin memimpin keluarga ?
Begitu kah anda ingin mengimamkan keluarga ?
Dibimbangi kekuatan ummah semakin rapuh dek kelekaan anda wahai kaum
adam !
Jika anda seorang wanita ,
Enggan meninggalkan si buah hati yang diimpikan menjadi suami ,
Yang membimbingmu nanti , tanpa agamanya yang rapi ,
Anda sememangnya merisikokan diri !
Hendak diluah mati emak , hendak ditelan mati bapak
Apa kan daya , hati telah terlanjur mencintai
Mungkin benar perit rasanya ingin meninggalkan si “hati manis”
Maka , mungkin ini yang boleh anda lakukan wahai si gadis manis
Bak kata Loreal , kerna dirimu begitu berharga , maka jangan menjadi
terlalu murah
Setiap yang membawa kita lebih dekat denganNYA ,
Sememangnya perlu dilalui jalan-jalan yang berduri lagi menyakiti
Hanya kepada Tuhan kita berserah diri , moga kesabaran diganti pahala
ILAHI
Jika terlalu takut untuk melepaskan dia pergi ,
Berikan sedikit ruang dan waktu untuk masing-masing memperbaiki diri
Kurangkan sedikit demi sedikit aktiviti-aktiviti yang kelak memakan
diri
Jika perlu , berpura-pura meyakinkan diri yang dia sudah ada pengganti
Sedikit sebanyak ia membantu merawat luka rindu di hati
*Haih susah betul nak bermadah-madah ni . Macam ni lah , nak buat
perkara yang halal kenapa perlu melalui cara yang haram ? Cara halal kan ada .
Memang perit . Memang rindu . It’s okay . Moga kesabaran dalam menuju jalan
ILAHI diganti dengan BARAKAH-NYA di alam rumahtangga yang dibina nanti .
InsyaALLAH . AMIN !
*Kurangkan berbalas-balas SMS sikit demi sikit . Kalau nak stop terus
memang agak susah . Kalau kuat iman kuat hati boleh lah InsyaALLAH . Kurangkan
segala aktiviti yang menghubungkan anda dengan si dia . Kalau boleh , selalu
ingat kan diri yang anda dengan dia TAK LEBIH dari kawan biasa -.-‘ kalau boleh
lagi , yakinkan diri yang dia dah ada pengganti anda . Dia dah tak sayangkan anda
melainkan sebagai seorang kawan biasa . Begitu juga dengan anda !
*Semua ni untuk alih perhatian anda daripada terus memikirkan dia .
Jangan risau , bak kata kawan saya “kalau hati dah sayang , sampai bila2 pun
boleh tahan” . So , kalau betul hati dah sayang , mesti boleh tahan dengan
ujian ni . It’s okay . Bila dah tiba masa yang sesuai , segala persiapan telah
sempurna , dari segi AGAMA , TANGGUNGJAWAB , KEWANGAN dan lain2 yang berkaitan
, InsyaALLAH jodoh tak ke mana lah . Tak gitu ? Ke guane ? -.-‘ Just sekarang
cuba beri ruang dan masa untuk sama2 perbaiki diri .
CINTA TAK SEMESTINYA BERCOUPLE BAGAI !
CINTA TAK SEMESTINYA berSMS SEPANJANG MASA !
CINTA TAK SEMESTINYA BERGAYUT TELEFON MEMANJANG !
CINTA TAK SEMESTINYA PERLU SERING BERSUA MUKA !
CINTA TAK SEMESTINYA PERLU DENGAN KATA-KATA PUITIS !
“Saying I LOVE You is not the words I want to hear from you”-MORE THAN
WORDS(EXTREME)
Bak kata mereka ,
“BERCINTALAH SECARA HIGHCLASS” –Fatimah Syarha
“BERCINTALAH SECARA LUAR BIASA” –Hilal Asyraf
“SEKIRANYA BENAR CINTA , MESTI KITA MAHU BERSAMA HINGGA KE SYURGA .
APA-APA YANG MEMBAWA KE NERAKA , ITU BUKAN CINTA NAMANYA” –Hilal Asyraf
*sungguh aku rindu*SABARLAH HATI*mencuba bertahan*
No comments:
Post a Comment